Neraka : Tempat Anak Abai Ibu Bapa



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"JANGAN MALU IBUMU SEORANG PENJAJA JALANAN TAPI MALULAH PADA DIRI SENDIRI KERANA IBUMU MASIH DISITU MENJAJA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPANNYA"

Seorang anak semestinya perlu dan wajib berbakti kepada kedua orang tua mereka. Kerana apa? Kerana itu adalah sdah menjadi kewajipan mereka.Sedangkan mereka yang yatim piatu sendiri mahukan ibu bapa,inikan pula kita yang ibu bapa masih hidup,sihat walafiat.
"Saya ada jiran yang sanggup tinggalkan ibunya di rumah orang-orang tua.Bila saya tanya,kononnya senang sikit kerja,lagipun sebab si anak tu sibuk."jelas seorang wanita.
Seperti situasi di atas,apa perasaan ibunya yang ditinggalkan di rumah orang-orang tua? Kalau angah sendiri,sudah semestinya masa kecil lagi sudah angah tinggalkan si anak tu di mana-mana.Bila besar,tak kenang budi.
"Sudah lama anak saya tak balik.Dah dekat 10 tahun.Kalau pasal duit saya tak kisah,biarlah dia tak beri langsung,asalkan saya boleh jumpa dia." luah seorang pakcik. 
Situasi seperti di atas jelas menunjukkan betapa anak-anak sibuk dengan perkara dunia dan melupakan ibu bapa.Apa salahnya jika kita pulang ke rumah? Berjumpa dengan ibu bapa? Ini adalah sungguh tidak bagus.

Klik Gambar untuk lebih jelas

Jom sama sama kita doakan untuk ibu bapa kita. Mungkin kita sedar dan mungkin kita tidak sedar akan perlakuan kita.Ingatlah bahawa mungkin kita boleh buat perkara yang teruk kepada kedua ibu bapa kita,balasannya mungkin anak kita sendiri akan melakukan perkara yang sama,bahkan lebih teruk daripada itu.
Sekian. 

8 comments:

  1. Assalamualaikum angah. rindu mak ayah kitaaa T_______T

    ReplyDelete
  2. tanpa ibu bapa tak adalah kita wujud di dunia nie..berbaktila kpd ibubapa selagi mereka masih ada

    ReplyDelete
  3. amin.. doa untuk mak ayah mama dan mertua mama...

    ReplyDelete
  4. rindu mak ayah..nasib ada mertua tempat menumpang kasih..

    ReplyDelete
  5. Sementara masih ada la, kita kena berbakti untuk ibu bapa.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.