Keputusan Final Exam Semester Ketiga





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Pada tanggal 12 November yang lalu,keputusan peperiksaan akhir bagi semester ke 3 telah pun dikeluarkan. Pertama sekali angah check result tersebut di dalam emel sebab kebiasaannya angah akan check emel dulu. Bila angah check,ada satu emel dripada UiTM. Angah pun buka...dan...
KEPUTUSAN ANDA DITAHAN KERANA TIDAK MELENGKAPKAN SuFO.

Adusss.. Angah terlupa untuk siapkan SuFO. Mmemang dah jadi kewajipan bagi semua pelajar UiTM untuk lengkapkan SuFO, kalau tak result akan ditahan. Alhamdulillah, selesai siapkan SuFO,dalam masa 10 minit result sebenar telah terpapar. 
 Jadi,itulah result bagi semester ketiga ini.Sebenarnya angah saja nak tutup pointer,sebab apa? Sebab takut nanti ada orang yang akan anggap angah ni riak. Angah hanya tunjuk kan result subjek dengan kredit hour. Kalau korang pandai kira pointer,cuba kira untuk angah. Haha.
GEMBIRA TAK TERKATA.

Angah sungguh gembira dan tak percaya dengan result kali ini. Apa yang angah sangkakan ialah akan ada beberapa subjek yang teruk. Tetapi alhamdulillah,semuanya berjaya. Sememangnya semester ketiga ini sangat-sangat susah untuk angah. Semua subjek perlukan komitmennya tersendiri.
Hanya ada dua subjek yang spoil iaitu BEL 311 dan juga CTU 282. Entah dimana salahnya,angah pun tak tahu. Setahu angah,angah dah berusaha bersungguh-sungguh untuk kedua-dua subjek tersebut. Selain itu,angah juga tak sangka subjek Malaysian Music 3 akan dapat keputusan sebegitu. Alhamdulillah.
DEAN LIST LAGI.

Alhamdulillah. Masuk kali ini,sudah tiga kali angah mendapat DEAN LIST secara berturut-turut. Alhamdulillah. Terima kasih angah ucapkan kepada para lecturer yang sudi berikan markah yg hebat kepada angah.Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu angah mendapat result sebegini. In shaa Allah,angah akan cuba kekalkan untuk dapat Dean List bagi baki dua lagi semester.
MASIH TAK PERCAYA.

Sejujurnya angah masih lagi tak percaya dengan result kali ini. Sebab apa? Sebab senior2 selalu cakap bahawa semester 3 ialah semester paling susah. Semester yang paling tough untuk Diploma Seni Muzik di UiTM. Alhamdulillah,angah dah berjaya lepasinya. 

Sebanyak 12 subjek untuk semester ketiga yang lalu iaitu :-

BEL 311 :- English For Academic Purposes
CTU 282 :- Arts and Creativity In Islam
HPD 222 :- Public Speaking (Bahasa Melayu) II
MUD 201 :- Keyboard Skills I 
MUD 203 :- Music Technology
MUF 200:- Principal Study III
MUF 201 :- Music Theory III
MUF 202 :- Aural Skills III
MUF 203 :- Diploma Forum III
MUF 204 :- Performing Groups III
MUF 205 :- Malaysian Music III
MUG 307 :- Introduction to Performance Studies

Alhamdulillah,selesai juga untuk 12 subjek ini. Selepas ini sudah tiada subjek BEL dan juga CTU. Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Terima kasih semua yang membantu.
Lihat sini :-


Sekian.

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post