Facebook catat 1 bilion pengguna sehari !!




Sumber : Berita Harian



LOS ANGELES: Buat kali pertama lebih satu bilion orang menggunakan Facebook dalam satu hari , kata pengasas syarikat berkenaan Mark Zuckerberg. Zuckerberg dalam satu tulisan berkata, kejayaan membanggakan itu dicapai Isnin lalu apabila "seorang bagi setiap tujuh orang di bumi menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan dan keluarga." 
Facebook memiliki hampir 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali sebulan, namun jumlah yang dicatat itu adalah untuk satu hari tunggal. Syarikat itu mendapat pengguna ke satu bilion pada Oktober 2012. Laman media sosial itu diasaskan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg ketika beliau masih seorang mahasiswa di Universiti Harvard. Dalam tulisannya kelmarin, beliau meramalkan capaian Facebook akan terus berkembang. 
"Ini adalah kali pertama kami memperoleh pencapaian membanggakan dan ini hanyalah permulaan untuk menghubungkan seluruh dunia," tulisnya. Julai lalu Facebook mendakwa lebih separuh pengguna dalam talian di dunia melawat laman sosial itu sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ia hanya pada Oktober 2012 ketika Facebook kali pertama mengumumkan ia memiliki satu bilion pengguna menggunakan laman itu sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kini, kurang tiga tahun kemudian, tapak media sosial itu berupaya menarik angka itu dalam satu hari tunggal. Persoalannya ialah bagaimana ia boleh terus berkembang? 
Pastinya akan ada satu ketika angka itu mendatar. Namun perjalanan itu dianggap masih jauh. Penulis baru saja kembali dari ibu pejabat Facebook di California untuk berbincang mengenai projek dalam perancangan. Pada dinding pejabat itu, ada peta negara dunia yang memaparkan negara dengan ramai pengguna Facebook. Tidak dinafikan, Amerika Syarikat, Eropah dan India hampir berada pada kemuncak penggunaan laman sosial terbabit. Namun ada jurang amat besar, di Afrika, kebanyakan negara di Asia dan sesetengah negara Amerika Latin, di situ Facebook kini bertumpu. -AGENSI

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post