Review Blog : Umifuzy.com



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Setelah selesai entri-entri mengenai PRU, maka bermula pula entri bagi review blog. Alhamdulillah, pencarian yang dilakukan pada awal bulan telah selesai dan kini tibalah masanya untuk review. Blog pertama yang direview adalah blog Umifuzy.


Mengenai tuan punya blog, bernama Fuzy, seorang ibu kepada 6 orang anak. Mengenai blog pula, blognya sangat ringkas dan cantik. Ringkas di sini bermaksud, tiada sebarang widget tidak perlu. Selain itu, tema warna yang sangat minimal. Penggunaan warna putih sebagai background sangat membantu untuk membaca entri di dalam blog ini. Apa yang aku suka adalah susunan widget yang teratur. Contoh, kalau kita nak follow akaun social media yang ada, hanya perlu lihat pada bahagian kanan sidebar sahaja.


Melihat lebih jauh dalam widget-widget yang ada, baru perasan yang entri pertama dalam blog ini adalah pada tahun 2006. Nampaknya sudah lama ya berblogging. Tahniah sebab masih lagi bertahan dan konsisten dalam berblogging. Hampir 12 tahun berblogging pastinya banyak pengalaman dalam berblogging kan?

Antara entri yang aku suka dalam blog ini adalah entri Mungkin Jodoh Bersembunyi di Baituljannah. Selain itu, blog ini juga mempunyai banyak entri resepi dan juga travel. Jadi, apa lagi tunggu? Jom terjah ke blog ini ya!

URL BLOG : http://umifuzy.com

Sekian.

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.