Nak Hak Sama rata Tapi Bahasa Kebangsaan Pun Tak Reti Cakap!



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sedang asyik aku melihat berita-berita dan tweet menarik di akaun Twitter aku, aku terlihat satu tweet yang sangat bernas dan sememangnya sudah lama aku terfikir dari zaman sekolah sehinggalah sekarang. Tweet tersebut di tulis oleh seseorang berkenaan isu Bahasa Kebangsaan.

" When it comes to language issue, dia macam gini :
Tak kisah sebenarnya in what language U wanna converse,
 tapi as Malaysian U canot say U tak fasih BM.

I never see a German or a Japanese said, "Oh I don't know how to speak my national language because I prefer to speak in English."

Aku sememangnya bersetuju dengan isu ini di mana mereka yang inginkan hak sama rata tetapi Bahasa Kebangsaan tidak mahu diguna atau dipelajari. 




Ada juga kenyataan balas dari tweet ini yang mengatakan bahawa ada segelintir golongan yang inginkan hak sama rata ini tidak mahu menggunakan bahasa kebangsaan kerana tiada kegunaannya. Ada juga yang bangga apabila mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan!

Nak hak sama rata tapi bahasa kebangsaan pun tak reti cakap kau dah kenapa sebenarnya

Article 152(1), expressly says, among others,
that "The national language shall be the Malay language & shall be in such a script as Parliament may by law provide..."

It is the law that stands as the benchmark for all the actions & decisions. So?

Di bawah ini adalah beberapa tweet balas daripada pengguna twitter tentang isu ini dan juga pengalaman mereka ketika menghadapi orang-orang yang sebegini.


" They said their ancestors ada yang mati waktu WWII demi mempertahankan Malaysia so thats a proof that they are Malaysian enough and 
as addition to that they said "we all should learn Orang Asal language lah 
because this land belong to them!"




"I am not fluent in BM. Don't see what's the point of using it anyway."

Ada juga tweet balas yang menceritakan tentang kisah mereka belajar bahasa kebangsaan dengan sendirinya.



Pendapat aku adalah sebenarnya ianya masalah sikap. Bukan semua sebenarnya yang tidak reti atau tahu tentang bahasa kebangsaan. Ada juga yang aku jumpa boleh bertutur dengan baik dan sebagainya tetapi boleh dikatakan hampir 50% atau lebih yang memilih untuk tidak berbahasa kebangsaan dengan baik. Mungkin ada yang akan anggap isu ini remeh dan sebagainya.

Tapi untuk menjadi seorang warganegara yang betul-betul cintakan negara, penguasaan bahasa kebangsaan adalah sesuatu yang wajib. Kalau bahasa kebangsaan anda tidak tahu, adakah anda betul-betul cintakan negara?

Banyak juga yang aku jumpa misalnya pekerjaan dan sebagainya yang memilih mereka yang tahu bahasa mereka sahaja sedangkan majoriti rakyat di Malaysia tahu bahasa kebangsaan. Nampak sangat disitu bahawa mereka sebenarnya bukanlah inginkan orang yang boleh berbahasa "mereka" sahaja tetapi mereka juga memilih orang yang sebangsa dengan mereka sahaja. Mungkin takut untuk menulis " for [insert bangsa] only."


Sumber : Twitter. [Nama atau akaun tidak dipaparkan untuk tujuan privasi]

Sekian

8 comments:

  1. Pernah tgk org di interview kat tv berkata 'saya tidak pandai bahasa melayu'
    Aku cam errrkk.... yg kau br kata tu apa? 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Setuju. Zaman dah berubah kot tapi apa2 pun bahasa kebangsaan tetap bahasa melayu. Jadi, nak tak nak sebagai seorang rakyat Malaysia, kita kena tahu bertutur dalam bahasa melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. rasanya itulah salah satu perkara paling mudah dan senang nak dibuat di negara ini. Hanya perlu belajar bahasa kebangsaan sahaja.

      Delete
  3. sikap individu satu hal, pengasingan sekolah mengikut bangsa pun satu hal. Sebagai minoriti yang ditindas, boleh faham juga la kenapa diorang cari yang sama bangsa je untuk berkerja. Plus ada juga bangsa melayu tak fasih BM tapi guna bahasa lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kena ada situasi win win oleh kedua-dua pihak. nak kan hak sama rata, bermakna perlu reti bahasa kebangsaan. semasa zaman merdeka, nenek moyang beri kerakyatan , dan kita dapat hak istimwa bumiputera, begitu jugalah sekarang. sebab yang menuntu hak sama rata ni kena tunjuk effort nk jadi rakyat malaysia sejati.

      mereka ditindas? bentuk penindasan bagaimana? sebab tiada hak bumiputera? tiada kuota dalam universiti? cuba ingat balik zaman merdeka, apa yang kita beri? kalau nak juga hak itu dan sama rata, belajar lah bahasa kebangsaan dan gunakan. ini, bangga diri tak reti bahasa kebangsaan.

      melayu tak fasih BM? betul ke dia betul-betul MELAYU? Sebab kalau nak jadi melayu salah satu syaratnya kena fasih BM, so kalau tak fasih tu , dia bukan melayu lah tu.. dia tak ada bangsa.

      haha

      Delete
  4. Saya cukup tak suka kalau ada yang tak pandai berbahasa Melayu.
    Mengaku rakyat Malaysia tapi Bahasa Melayu diketepikan..?

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.