Lazada 11.11 Shopping Festival : JUALAN SEHARI TERBESAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Setiap tahun, 11 November pastinya merupakan satu tarikh paling istimewa buat semua mereka yang suka membeli belah secara dalam talian. Pada tarikh ini, kebiasaannya laman beli belah dalam talian akan mengadakan jualan murah secara besar- besaran. Laman beli belah terkemuka, LAZADA juga turut serta dalam jualan ini!



11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!
Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumpa RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT...

Lazada Malaysia akan mengadakan 11.11 Shopping Festival pada 11 November 2018! Jadi, sebagai salah seorang daripada jutaan manusia yang suka membeli barang secara dalam talian, pastinya aku tidak akan melepaskan peluang untuk membeli belah ketika tarikh ini! Beberapa barangan sudah dikenal pasti dan dimasukkan ke dalam 'cart' dan hanya menunggu masa untuk dibeli sahaja.

............................................................................................

Aku yakin dan pasti bahawa semua orang yang membaca terutama pembaca blog ini semestinya ingin ketahui barang apakah yang aku akan beli pada tarikh 11.11 ini kan? Jangan terkejut kerana aku telah membuat persediaan lebih awal untuk membeli beberapa barangan yang aku kira sangat penting untuk aku meneruskan kehidupan kelak.

Rancangan aku untuk membeli barangan dibawah ini di  Lazada 11.11 Shopping Festival?


via GIPHY


Samsung 23L Solo Microwave Oven with Quick Defrost MS23K3513AK [LINK]

Menjadi impian aku untuk menghadiahkan microwave untuk mak aku. Sebenarnya sudah lama mak aku inginkan microwave baharu, setelah yang lama rosak dikerjakan kucing nakal. In shaa Allah, dengan promosi jualan murah nanti, harganya pasti akan murah dan berbeza dengan harga sebelum.

via GIPHY

Semoga bila microwave yang diidamkan tiba di rumah, ianya akan menggembirakan mak aku sebagaimana di dalam GIF di atas. 


TOSHIBA CANVIO READY 1TB USB3.0 EXTERNAL HARD DISK (BLACK) [LINK]


Seterusnya adalah impian aku tersendiri. Sudah lama sebenarnya aku berkira-kira untuk memiliki hard disk yang baru. Sebelum ini aku hanya mempunyai hard disk lama yang berkapasiti 500GB sahaja. Tidak cukup kerana ada banyak dokumen dan beberapa perkara lain yang perlu dimuatkan ke dalam hard disk tersebut.

via GIPHY

Yang paling penting semestinya MOVIE! Aku perlukan ruang untuk meletakkan ratusan filem serta drama untuk menjadi simpanan sekrianya aku ingin menonton kelak! Jadi, bolehlah aku menonton filem dengan mudah.


HP 14-BS577TU/ 14-BS580TU/ 14-BS581TU Laptop i3-6006U4GBD41TB14.0"Win10 +FREE Branded Wireless Mouse+Mouse Pad+Backpack [LINK]

Jujur aku nak beritahu bahawa aku memerlukan komputer riba baharu untuk kegunaan masa hadapan. In shaa Allah aku akan ceritakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Semestinya perkara yang akan aku lalui memerlukan komputer riba yang berfungsi dengan baik. Jadi, aku tertarik dengan komputer riba ini.

via GIPHY

Senanglah nanti untuk aku menulis blog atau sebagainya dengan menggunakan komputer riba baru. Komputer riba lama? Akan diletakkan di rumah untuk kegunaan adik beradik yang lain. In shaa Allah.


Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000 Cake Kitchen Blender [LINK]

Di rumah aku ada satu pengadun [mixer] yang hanya digunakan dengan tangan tanpa sebarang mangkuk [bowl]. Agak susah sebenarnya untuk mencari mangkuk yang sesuai. Ditambah pula pengadun itu sudah berusia lebih 800 tahun [8 tahun], sememangnya aku dan keluarga memerlukan pengadun baru yang berkualiti sesuai degan microwave yang akan dibeli.

via GIPHY

In shaa Allah selepas membeli barang-barang ini, pastinya aku akan rajin untuk belajar membuat kek dan kuih muih untuk musim perayaan dan sebagainya. Bolehlah aku membuat perniagaan kuih dan kek nanti.

...........................................................................................

Sungguh tidak sabar apabila memikirkan bahawa tarikh 11 November 2018 semakin menghampiri! Sebenarnya ada banyak lagi baranagn serta produk yang ingin aku senaraikan, tetai jika disenaraikan kesemuanya pasti tidak cukup satu entri, mungkin perlukan 18 521 entri untuk menceritakan tentang barangan yang aku rancang untuk beli.

Walaubagaimanapun, sambil-sambil kita membeli belah, jangan lupa untuk menyimpan juga wang untuk kegunaan di masa hadapan terutamanya ketika ada jualan murah lagi di Lazada.




Sekian

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post