Statistik Blog Aerill Hassan 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rasanya masih belum terlambat untuk aku melakukan post mortem terhadap apa yang terjadi pada blog ini tahun 2018. Alhamdulillah, tahun 2018 merupakan antara tahun yang aku aktif menulis. 576 entri telah berjaya dikarang. Banyak bukan?

Sebenarnya aku sendiri tak pasti apa yang aku tulis sehingga menyebabkan entrinya sebegitu banyak. Mungkin sebab banyak idea atau ada beberapa program entri yang aku lakukan. Sebagai contohnya entri seperti Wordless Wednesday, Bulan Siti Nurhaliza , Filem Marvel Cinematic Universe dan sebagainya yang membuatkan aku mengarang banyak entri.

Statistik 2018


Untuk tahun 2018, entri pertama adalah pada bulan Februari iaitu selepas aku selesai menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda. Kemudian aku terus aktif menulis dan berblog. Paling aktif adalah sekitar bulan Jun dan Julai di mana kedua-dua bulan tersebut adalah paling banyak entri iaitu menjangkau 100 entri.

Kemudian ianya semakin kurang dan sedikit setelah aku agak sibuk dengan urusan lain. Selain itu, aku juga tidak sempat nak buka laptop untuk mengarang. Walaubagaimanapun, aku masih meluangkan masa untuk menulis beberapa entri sebagai tanda wujudnya blog ini.


 Statistik Tahun


Untuk statistik tahun pula, alhamdulillah tahun 2018 merupakan antara tahun yang banyak juga entri berbanding tahun-tahun lain. Sudah ribu-ribu rupanya entri di dalam blog ini. Aku mula aktif secara konsisten adalah pada tahun 2013, 2014 dan semakin menurun pada tahun 2015 dan kurang aktif pada tahun 2016.  Pada tahun 2017 aku cuba untuk aktif semula, tetapi kekangan belajar dan sebagainya membuatkan ianya terhenti seketika.

Alhamdulillah tahun 2018 menjadi satu tahun kembali semula untuk aku aktif menulis. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan menjadi rakan-rakan blogger. Tidak disangka bahawa sudah hampir 9 tahun aku menulis. Daripasa suka-suka menulsi sehinggalah menulsi secara serius. Alhamdulillah.

Sekian.

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post