Buat Brownies Sedap & Mudah Hanya Menggunakan Tepung Premix Dr.Oetker Nona

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Kali ini aku nak kongsi dengan anda cerita aku buat brownie. Kalau pergi kedai kek atau pastry, kadang-kadang aku terliur bila melihat kek dan brownie serta macam-macam lagi jenis makanan yang ada. Of course aku suka makan kek, bukan sahaja waktu majlis hari lahir, tapi kadang-kadang saja-saja nak makan pun boleh.

Dalam hati sebenarnya teringin nak buat brownie sendiri, sebab buat kek dah pernah dah waktu PKP dulu. Sekarang waktu PKPB, aku bercadang nak buat brownie pulak. Alhamdulillah, terjumpa Dr. Oetker Nona Brownies waktu beli barang rumah di Tesco dan katanya mudah sahaja nak buat brownies hanya perlu tambah tiga bahan dan terus siap selepas dibakar. Nampak macam mudah, aku pun terus lah letak dalam troli dan terus bayar.

Sebenarnya ada tiga jenis dipasaran iaitu Brownies Marble, Brownies Original,dan Brownies Dark Chocolate. Aku dah cuba buat yang Dark Chocolate dan jugak Original. 

CARA MEMBUAT BROWNIES DR.OETKRER NONA


1 | Panaskan ketuhar pada suhu 180° Celcius.

2 | Masukkan adunan brownies Dr.Oetker Nona, minyak sayuran, air dan telur ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.



3 | Tuangkan adunan ke dalam acuan yang dilipat (percuma dalam pek). Bakar pada suhu 180° Celcius selama 55 minit.

TIP : Brownies masak apabila ia lekang dari pinggir bekas dan pencungkil dicucuk di tengah-tengah keluar dengan bersih. 


Bagi aku yang tak reti nak masak ni, memang mudah bila ada tepung premix ni. Terus tambah bahan kemudian dah boleh masuk dalam ketuhar. Mudah. Sebenarnya malas jugak nak sediakan macam-macam tepung dan bahan lain. Bila ada yang sudah siap macam ni, aku rasa lagi best. Tapi mungkin ada yang memiih untuk sediakan semua bahan sendiri, terpulang pada anda ya!

Yang aku suka lagi sebab diberikan percuma bekas acuan. Senang ya! Pakai je acuan yang diberi, lepas tu bolehlah buang. Tapi boleh je kalau nak pakai bekas acuan yang ada sendiri dirumah. Mana-manalah, tapi bagi aku itu pun satu yang aku suka sbab memudahkan lagi kerja!

Setelah 55 minit berlalu, kena check jugak sama ada dah masak ke belum. Kadang-kadang dibahagian tengah belum masak. Bila dah masak, bolehlah bawak keluar dan sejukkan. Lepas tu bolehlah potong petak. Macam aku, aku suka makan brownies yang panas suam-suam macam tu. Kalau letak limpahan coklat dekat atas tu lagi sedap kut.



Alhamdulillah, aku suka dengan rasa dan tekstur brownie ni. Mungkin au pernah rasa yang lebih sedap, tapi aku lupa dekat mana. Tapi menjadilah jugak brownie. Dapatlah hilangkan rasa mengidam nak makan brownie tu kan? Hehe. Apa-apapun terima kasih sebab baca sampai ke bahagian ini. Kalau nak cari brownies Dr. Oetker Nona ni bolehlah cari dekat mana-mana pasaraya berdekatan anda.

SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Bagus nya siap ada sediakan loyang bakar. Kalau untuk kecemasan ni sesuai la.Lagipun bila duduk dalam kotak gini tahan lama sikit untuk buat stok.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post