Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!

Bercamping merupakan salah satu aktiviti yang semakin diminati ramai. Aktiviti ini bukan sahaja seronok, tapi juga memberikan pelbagai pengalaman yang menarik ketika waktu bercamping di dalam hutan, tepi pantai atau sebagainya.

Memiliki peralatan camping yang lengkap adalah satu kemestian sekiranya anda mahu bercamping dengan lancar. Oleh itu, kali ini adalah perkongsian mengenai 10 senarai barangan asas camping yang anda boleh dapati dengan harga yang cukup berpatutan dan kualiti terbaik!


SENARAI BARANGAN ASAS CAMPING HARGA BAWAH RM100 

1) KHEMAH

SenaraiBarangan Asas Camping Harga Bawah RM100!


Khemah sememangnya barangan yang wajib ada untuk perkhemahan anda. Nama pun 'perkhemahan' kan?  Okay, khemah ini boleh memuatkan seramai 3 - 4 orang. Selain itu, terdapat dua pilihan warna iaitu Army Green dan juga Orange Green. 

Lebih daripada 2,000 unit telah terjual dan dibeli oleh orang ramai kerana kualiti dan harga yang sangat berpatutan. Anda boleh dapatkan khemah ini pada harga sekitar RM50.00 ke RM60.00!


2) KERUSI LIPAT

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!



Barangan berikutnya adalah kerusi yang boleh dilipat. Tanpa kerusi lipat sebegini, maka tak lengkaplah perkhemahan anda.  Kerusi lipat ini sangat mudah untuk diguna dan dipasang. Menggunakan material logam dan juga kanvas Oxford,  kerusi lipat ini sangat sesuai untuk anda lepak di tepi pantai atau digunakan ketika perkhemahan di dalam hutan.

Lebih daripada 5,000 unit telah terjual, harga kerusi lipat ini hanyalah RM25.00 sahaja!


3) PERALATAN MEMASAK

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!



Bila bercamping, barangan yang dibawa perlulah dalam saiz yang compact, tidak memakan ruang dan berguna. Set memasak ini didatangkan dengan 10 barangan yang disusun dengan sitematik.

Tak perlua nak berkemas barangan peralatan memasak yang lain sebab set ini sahaja dah cukup! Harganya? Set peralatan memasak ini hanya berharga RM30.50 sahaja! 


4) SUDU & GARFU

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!

Berikutnya adalah sudu dan garfu khas untuk mereka yang sukakan perkhemahan dan sering berkhemah di merata tempat. Sudu dan garfu ini boleh dilipat dan sangat berguna dan mampu meminimumkan ruang dalam beg anda.

Harga bagi sudu dan garfu ini cukup berpatutan, bermula dengan RM1.96 untuk seunit manakala untuk harga set adalah RM7.84 sahaja! 


5) DAPUR MEMASAK

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!

Bila dah ada peralatan memasak, tak lengkaplah kalau tak ada dapur memasak. Satu tips untuk anda yang mencari dapur memasak untuk camping, anda perlulah mencari dapur memasak yang 'windproof' dimana angin tidak akan mengganggu api dapur tersebut.

Jadi, bila anda berkhemah di tepi pantai contohnya, angin daripada laut tidak akan menggangu api dapur anda dan anda bolehlah memasak seperti biasa. Harga yang ditawarkan untuk dapur memasak ini cukup murah iaitu pada harga RM22.55 sahaja termasuk satu tin gas.


6) FLY SHEET

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!
Barangan seterusnya adalah flysheet. Flysheet ini sangat berguna kerana boleh berfungsi sebagai bumbung tambahan kepada khemanh anda atau sebagai alas semasa anda berkhemah. Menggunakan material Oxford 210D dengan Silver coating. 

Saiz flysheet yang ditawarkan ini adalah 3 meter x 3 meter dan harganya adalah RM51.90 sahaja. 


7) FOLDING TABLE

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!

Satu lagi barangan yang perlu adalah meja lipat. Ada pelbagai jenis meja yang boleh anda cari mengikut saiz dan juga harga. Yang saya sarankan adalah meja sebegini yang kecil dan mudah untuk dibawa. Berat sekitar 300 gram sahaja pasti tidak memberatkan beg anda.

Harganya adalah RM42.80 sahaja. Material bagi meja ini adalah aluminium alloy. Sangat ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. 


8) SLEEPING BAG

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!
Sleeping bag merupakan barangan yang sangat berguna setiap kali perkhemahan. Anda perlu mempunyai satu sleeping beg sebagai kegunaan untuk tidur yang lebih selesa.

Sleeping beg sebegini sangat sesuai untuk anda kerana jenis yang ringan dan juga boleh dijadikan selimut. Harganya pula cukup berpatutan iaitu RM17.20 sahaja.


9) HAMMOCK

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!

Hammock juga merupakan barangan yang perlu ada untuk setiap kali perkhemahan anda! Anda bolehlah membeli hammock ini yang dapat menampung beban sehingga 180 kilogram. Jenis material yang digunakan pun sangat bagus iaitu 340T anti-tear polyester pongee.

Dengan harga RM44.00 sahaja, sememangnya sangat berbaloi untuk memiliki hammock ini! 


10) LAMPU

Senarai Barangan Asas Camping Harga Bawah RM100!

Barangan terakhir dalam senarai ini adalah lampu. Kenapa lampu? Sebab lampu merupakan barangan terpenting terutamanya ketika waktu malam.

Lampu yang saya sarankan ini sangat mudah dibawa, tahan lasak dan boleh disangkut dimana-mana. Lebih menarik lampu ini boleh dicharge menggunakan powerbank! Dengan harga RM5.88 anda bolehlah membeli lampu ini banyak-banyak! 



Sekian sahjaalah untuk senarai barangan asas camping yang anda boleh beli dengan harga cukup murah dan kualiti terbaik. Semua barangan di dalam senarai ini berharga kurang daripada RM100 sahaja! Lebih menariknya, setelah ditambah semua harga barangan-barangan ini, harganya adalah RM300 sahaja! Sangat berbaloi!

Bila dah mempunyai kelengkapan yang cukup untuk camping, bolehlah anda merancang untuk bercamping dimana-mana sahaja tanpa perlu risau! 

SEKIAN TERIMA KASIH

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post