Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Apa khabar semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan cerita tentang pengalaman aku makan di sebuah restoran terkenal di Hatyai, Thailand. Sebelum mengulas dan bercerita lebih lanjut, suka aku nak beritahu bahawa ini adalah cerita tahun lalu, sebelum PKP dilancarkan. Bila aku perasan balik, eh macam ada cerita yang tertinggal. Harapannya tiada siapalah yang akan pelik, kenapa tiba-tiba mamat ni boleh pergi Thailand pulak time PKP/PKPB /PKPP ni.

Okay, untuk mereka yang belum tahu atau dah tahu, tapi lupa, aku pergi ke Thailand pada tahun lalu, awal bulan Mac 2020 sempena program MET Satun-Phatthalung-Hatyai anjuran Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur. Aku ada ceritakan sedikit tentang pengalaman makan direstoran yang aku nak cerita ni dalam artikel Travelogue Thailand Part 6, jadi untuk artikel ini aku akan ceritakan dengan penuh ya.

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Ini merupakan kali pertama aku ke Hatyai dan aku diberitahu bahawa restoran in iaitu restoran Kai Tod Decha merupakan antara restoran popular di Hatyai. Dikatakan ramai pelancong dari Malaysia datang makan di sini. Mungkin kerana ini adalah antara restoran Halal yang ada di sini.

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Dari luar restoran, boleh nampak suasana restoran yang meriah. Banner warna merah menggamit mereka yang lapar. Serta, dari luar boleh bau ayam goreng. Menu masakan ayam memang kegemaran aku, boleh dikatakan tiap hari aku makan ayam di rumah.

Suasana dalam restoran pun selesa, pengunjung yang datang makan pun tidaklah ramai sangat. Jadi tak adalah sesak sangat sewaktu makan dan juga masa yang diambil untuk makanan sampai ke meja pun tidaklah lama.

AYAM SEDANG DIGORENG

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Sementara menunggu makanan siap di masak, aku pun adalah melihat cara mereka menggoreng ayamnya. Memang nampak sedap ayamnya. Rakan-rakan yang ikut sekali program ni pun ada beritahu aku, ayam gorengnya juga popular. Mungkin sebab itulah restoran ini popular juga.

SENARAI MENU YANG DIMAKAN 

Wah, memang terliur juga sewaktu nak menulis artikel ni. Yalah, dah hampir setahun tak pengalaman makan di restoran ni. Bila teringat balik, memang terliur. Sebelum itu, aku nak minta maaf sebab ada antara menu ini yang aku tak tahu namanya.🙏

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

The Famous Fried Chicken - Menu utama restoran ini sudah tentunya ayam goreng ini. Seperti biasa, ayam goreng memang menjadi kegemaran semua orang. Tapi tak semua ayam goreng itu sedap. Ayam goreng di Kai Tod Decha ini memang sedap. Sebab tu ia sangat popular. Alhamdulillah, dapat jugak aku rasa.

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Thai Glass Noodles Salad - Antara menu baru yang aku pernah makan. Sebenarnya kalau di Malaysia atau di rumah sendiri, nak makan salad ni macam jaranglah. Tapi yang ini berbeza. Sebab saladnya siap ada noodle lepas tu ada juga seafood dalamnya. Memang sedap.

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Larb, spicy minced chicken salad - Ini pun antara menu yang sedap. Ayam cincang pedas. Pertama kali jugak aku makan menu ni. Tak pasti dekat Malaysia aku ada jumpa ke tak. Tapi memang sedap. Rasa spicy yang betul-betul sedap.

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Spicy Papaya Salad With Blue Crab - atau nama lainya som tam dengan ketam. Rasanya som tam memang dah popular kan di Malaysia? Macam aku sendiri, berasal dari Kedah, memang selalu jumpa menu ni di restoran Thai dan kadang-kadang ada juga orang melayu yang jual. Tapi of course makan Som Tam dekat Thailand lebih seronok dan authentic!

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Tom Yam Soup With Seafood - Kalau tengok Tom Yam ini agak pedas. Boleh nampak ada banyak cili flakes. Tapi pedas-pedas pun masih sedap dan dapat diterima tekak. Apa je yang tak sedap dekat Hatyai ni kan? Seafood yang ada dalam sup ni pun banyak. 

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Fried Fish With Mango Salad - Okay, yang ini pun sedap. Aku tak pasti ikan apa, tapi sedap bila digoreng lepas tu makan dengan kerabu mangga. Isi ikan tu memang banyaklah, bila bergabung dengan rasa mangga tu jadi sedap dan lain. Korang kena cuba kalau datang ke sini!

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Thailand Ice Milk Tea - Teh Ais Thailand, bagi aku rasanya sama saja seperti di Malaysia, tapi mungkin tahap manisnya lebih. Yang menariknya mestilah presentationnya, siap ada buih-buih ya. Tapi bagi aku kalau nak makan banyak-banyak macam ni, aku lebih prefer minum air kosong sahaja.

Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand

Jadi inilah keseluruhan meja makan kami pada malam tersebut. Memang penuh ya! Bila bab makan ni, aku memang excited, tambah-tambah bila makanan yang kita makan tu dari awal lagi dah nampak sedap. Tapi seperti biasalah, kalau blogger atau influencer, sebelum makan mestilah kena tangkap gambar banyak-banyak. Dalam 5-10 minit jugalah bergambar barulah dapat menjamu selera.

Secara keseluruhannya, bila aku dah makan disini arulah aku faham kenapa restoran Kai Tod Decha ini merupakan antara restoran popular di Hatyai, Thailand ini. Pelancong-pelancong dari Malaysia kalau datang ke Hatyai ni mestilah wajib untuk datang dan singgah di restoran ini. Memang puas hati makan disini dengan semua menu yang ada. Terima kasih kerana membaca artikel kali ini. ✌

RESTORAN KAI TOD DECHA, HATYAI

Lokasi  93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

SEKIAN

17 comments:

  1. Sukanya makanan Thai. Nampak ketam tu menyelerakan sungguh la. Padehal kerabu je tu kan? Pernah order Thai glass noodle kat Thailand. Saya ingatkan makanan utama rupanya salad. Habis juga la makan salad tu pun. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Fuh sedapnyaa tengok semua makanan-makanan yang ada kat restoran tuu! Kalau restoran Thailand, mesti sedap2 buat kecur liur menu semua kan. Wajib masuk dalam list jugak nii 😁

    ReplyDelete
  3. All the food looks amazing and delicious. Would want to try their famous fried chicken and the crab dish too.

    ReplyDelete
  4. Semua makanan tu nampak sangat-sangat sedap, rindu betul la nak jenjalan dan makan-makan nih. Saya peminat Thai food, hari2 makan pun tak apa.

    ReplyDelete
  5. alahai rinduuuu hatyai. tiap2 tahun mesti ke hatyai hanya untuk makan je. hehe

    ReplyDelete
  6. Fuhhhh makanan thai mmg x pernah mengecewakan semuanya nampak sedap dan menarik

    ReplyDelete
  7. makanan thai memang tak pernah mengecewakan. masa saya pergi dulu pun kuat makan dan sampai sekarang ingat lagi rasa masakan tu. hahah

    ReplyDelete
  8. Belum sampai lagi Hatyai. Cuma br pegi Bangkok. Kalau kak bell mmg semua makanan Thai boleh makan kot sb sama lebih kurang mcm kita. Tp makanan halal pricey sket kan.

    ReplyDelete
  9. Lain Sis tak pandang, terliur dengan Tomyum dan ice tea tu haaaa.. adoi sedapnya.. kalau ke sana nak cuba semuanya...

    ReplyDelete
  10. This looks absolutely delicious! cant wait to travel to thailand and try this for myself

    ReplyDelete
  11. Bestnya. Teringat masa duduk kat Kelantan dulu ada jugak pegi Hatyai. N masa travel ke Bangkok ikut darat pun selalu singgah sana. Tapi belum pernah cuba lagi restoran ni.

    ReplyDelete
  12. Masa PKP mcm ni pasti rindu nak makan macam-macam.. nasib ada gambar trowback.. terubat juga rindu .. haha

    ReplyDelete
  13. Bestnya. Semua orang throwback pergi travel. Harap nanti ada rezeki la nak travel luar negara

    ReplyDelete
  14. Wahhhh nampak menyelerakan sungguh lah semua makanan. Pelabagi aneka makanan ada. Terliur Nina dibuatnya...

    ReplyDelete
  15. Tak sure pernah makan kat kedai ni or not, but next time dah boleh travel sure akan singgah makan2 kat sini (Y) very tempting ye tengok gambar2 makanan kat restoran ni.. yang penting halal.. (Y)

    ReplyDelete
  16. Macam sedap je menu Larb, spicy minced chicken salad ni. Tom yam dia tu menakutkan sebab ada banyak chili flakes haha

    ReplyDelete
  17. Aduhh buat kita terliur and teringin nak makan makanan thai time macam ni. semua hidangan nampak best

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.