Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown | Siapa yang suka makan ayam macam aku sila angkat tangan?! ✋ Ayam sememangnya antara makanan kegemaran aku, kalau dalam senarai makanan yang aku suka, ayam berada di antara tangga teratas, punyalah aku suka makan ayam! Haha.

Okaylah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang Ayam Ganjeong daripada Marrybrown.  

JANGAN ‘GANGJEONG’, MARRYBROWN AKAN MEMBAWA ANDA KELILING DUNIA, BERMULA DENGAN KOREA!

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Biarkan deria rasa anda lalui perjalanan yang lazat ke Korea dengan Ayam Gangjeong yang manis dan pedas daripada Marrybrown.

Annyeonghaseyo Malaysia! Nikmati Ayam Gangjeong, dari sentuhan inspirasi Korea dari Marrybrown pada 8 April 2021 ini! Seiring dengan tagline something different selama 40 tahun, sekali lagi MB ingin membawa rakyat Malaysia alami dunia fenomena Korea dengan penangan makanannya yang pasti memenuhi citarasa anda.

Sejak penubuhannya, Marrybrown bertekad akan memastikan untuk terus menyajikan makanan lazat dan memikat citarasa rakyat tempatan. Dalam melangkah ke dekad baru, Marrybrown bersyukur kerana penggemar yang sememangnya best; masih mempercayai dan tetap menyokong. Oleh itu, Marrybrown sekali lagi memutuskan untuk membawa rakyat Malaysia mengikuti pengembaraan gastronomi ini ke seluruh dunia.

"Pencapaian kali ini adalah satu rahmat buat kami, terutamanya dalam menghadapi situasi yang tidak menentu. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah menjadikan makanan kami ini sebahagian daripada memori indah buat mereka," 

kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

"Walaupun kita harus menjalani norma baharu, kami tahu kebanyakan rakyat Malaysia sedang kancheong untuk melancong ke luar negara sambil menikmati makanan budaya lain. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, jangan Gangjeong! kita pasti akan mendapat peluang itu. Untuk itu, biarlah kami yang membawa kegembiraan kepada anda dengan memperkenalkan makanan daripada pelbagai pelusuk dunia yang anda rindu atau tidak pernah anda alami," 

Dato' Joshua berkata.

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Okay, Ayam Ganjeong ini disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. Penggemar Marrybrown boleh memilih untuk menikmati sama ada dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM 17.90. Penggemar juga boleh menikmati burger yang dihidangkan dengan charcoal bun iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM 15.90. Semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli. 

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Bagi mereka yang mahu menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat. Set kombo ini dilengkapkan dengan Burger Gangjeong dan dua ketul Ayam Gangjeong, juga termasuk segelas Coca-Cola® Rasa Asli dan Potato Wedges, yang berharga RM 25.80. Bagi mereka yang “tidak lengkap tiada nasi” tawaran terbaru Marrybrown rice bowl sangat sesuai untuk anda. Bermula dengan harga RM 11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam. 

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Untuk menambahkan lebih tarikan, Marrybrown menawarkan peluang ekslusif kepada penggemar yang bersemangat untuk mendapatkan menu tersebut melalui pra-pesanan Shopee pada 4 April (4.4) yang telah jual lebih daripada 1,000 set hidangan pada hari tersebut.

“Dengan berkonsepkan mengelilingi dunia, harapan kami agar penggemar dapat menikmati hidangan diperhentian pertama kami. Akan ada lebih banyak lagi tawaran khususnya menu-menu khas dari seluruh dunia yang pastinya akan kami sajikan  kepada anda  disepanjang tahun ini,"

 kata Dato' Joshua.

Marrybrown kini mempunyai berjuta pengikut pelanggan, yang kini mempunyai lebih daripada 500 restoran yang terdapat di 16 buah negara dengan berobjektifkan pencapaian standard kualiti juga perkhidmatan, kebersihan serta nilai yang terbaik untuk pengalaman menu makanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my 


Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown

Ayam Ganjeong Menu Citarasa Korea Terbaru di Marrybrown


Okay, jika ditanya aku suka atau tidak Ayam Ganjeong Marrybrown ini, jawapannya adalah YA! Rasa pedas yang menusuk tetapi ada rasa manis. Aku bukanlah orang yang selalu boleh makan pedas, tapi untuk ayam ini, memang boleh diterima perut dan aku sangat suka! Saiz ayam yang sangat menepati citarasa, burgernya pun sangat sedap. Kalau nak menu nasi pula, ada rice bowl, memang lengkap! Jangan lupa untuk ke Marrybrown terdekat dan cuba menu terbaru ini!

#JanganGANGJEONG  #MBGangjeongChicken #MarrybrownMY #SomethingDifferent

2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.