Assalamualaikum dan salam sejahtera
The Trauma Code: Heroes on Call (2025) ialah drama Korea yang menggabungkan elemen perubatan, aksi, dan komedi, memberikan penonton pandangan mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh pasukan trauma di hospital universiti. Drama ini menampilkan kisah Dr. Baek Kang-hyuk, seorang pakar bedah trauma yang berpengalaman di zon perang, yang berusaha membina pusat trauma terbaik di Korea Selatan.
The Trauma Code: Heroes on Call (2025)
Judul Asal: 중증외상센터 (Jungjeungoesangsenteo)
Judul Inggeris: The Trauma Code: Heroes on Call
Genre: Perubatan, Komedi
Jumlah Episod: 8
Durasi Setiap Episod: 47–55 minit
Tarikh Tayangan: 24 Januari 2025
Platform Siaran: Netflix
Pengarah: Lee Do-yoon
Penulis Skrip: Choi Tae-kang
Syarikat Produksi: Studio N, Mays Entertainment
Berdasarkan: Webtoon Trauma Center: Golden Hour oleh Hansanleega dan Hongbichira
Judul Inggeris: The Trauma Code: Heroes on Call
Genre: Perubatan, Komedi
Jumlah Episod: 8
Durasi Setiap Episod: 47–55 minit
Tarikh Tayangan: 24 Januari 2025
Platform Siaran: Netflix
Pengarah: Lee Do-yoon
Penulis Skrip: Choi Tae-kang
Syarikat Produksi: Studio N, Mays Entertainment
Berdasarkan: Webtoon Trauma Center: Golden Hour oleh Hansanleega dan Hongbichira
BARISAN PELAKON THE TRAUMA CODE : HEROES ON CALL (2025)
- Ju Ji-hoon sebagai Dr. Baek Kang-hyuk | Seorang pakar bedah trauma genius dan bekas medik tentera upahan yang menjadi pengarah Unit Trauma di Hospital Universiti Hankuk.
- Choo Young-woo sebagai Dr. Yang Jae-won | Seorang fellow dalam jabatan pembedahan kolorektal yang menjadi anak didik pertama Dr. Baek.
- Ha Young sebagai Cheon Jang-mi | Jururawat trauma berpengalaman lima tahun yang berdedikasi tinggi.
- Yoon Kyung-ho sebagai Dr. Han Yu-rim | Ketua jabatan pembedahan am dan kolorektal yang memantau rapat tindakan Dr. Baek.
- Jung Jae-kwang sebagai Dr. Park Gyeong-won | Seorang residen anestesiologi yang berbakat dan bersahabat dengan Dr. Jae-won.
- Kim Eui-sung sebagai Choi Jo-eun | Pengarah Hospital Universiti Hankuk.
- Kim Won-hae sebagai Hong Jae-hun | Pengarah Perancangan dan Penyelaras di hospital tersebut.
- Kim Sun-young sebagai Kang Myeong-hui | Menteri Kesihatan dan Kebajikan.
- Park Ye-ni sebagai Agnes Song
- Hong Woo-jin sebagai An Jung-heon | Ketua pasukan Unit Penyelamat Udara 119.
- Min Young sebagai Ma Tae-rim
- Jang Sung-yoon sebagai Jururawat Kim
- Park Jung-yoon sebagai Han Ji-young | Anak perempuan Dr. Han Yu-rim.
SINOPSIS RINGKAS DRAMA THE TRAUMA CODE: HEROES ON CALL (2025)
ULASAN DRAMA TRAUMA CODE : HEROES ON CALL (2025)
Baiklah, sebenarnya aku sudah lama tak menonton drama-drama Korea, terutamanya drama bergenre perubatan kerana bagi aku untuk menonton kira-kira 16 episod mengambil masa yang agak panjang. Tetapi untuk drama kali ini, ia cuma mempunyai 8 episod sahaja. Pendek dan padat. Oleh itu, aku luangkan masa untuk menonton siri ini.
The Trauma Code: Heroes on Call (2025) menawarkan satu jalan cerita yang menarik dan terus kepada inti. Tidak ada babak meleret atau mengada-adakan konflik demi memanjangkan episod. Setiap babak disusun dengan kemas dan padat, menjadikan keseluruhan naratif mudah difahami dan tidak memenatkan untuk diikuti. Ia satu kelegaan dalam era drama yang kadangkala terlalu panjang dan kompleks tanpa keperluan.
Sekiranya drama ini mempunyai 16 episod seperti kebanyakan K-drama lain, pasti akan ada unsur tambahan seperti percintaan yang sengaja ditambah atau konflik dalaman hospital yang terlalu dramatik, hanya untuk mengisi masa. Namun, dengan hanya lapan episod, Trauma Code berjaya mengekalkan fokus kepada kisah sebenar – iaitu perjuangan barisan hadapan dalam menyelamatkan nyawa.
Dari segi teknikal, produksi Trauma Code jelas berkualiti tinggi. Efek visual, set hospital dan babak pembedahan kelihatan sangat realistik – seolah-olah penonton berada dalam bilik bedah sebenar. Sinematografinya juga cantik dan kemas, memanfaatkan sepenuhnya ruang dan pencahayaan untuk menonjolkan ketegangan mahupun detik emosi.
SEKIAN
RUJUKAN :-
- Netflix
- Wikipedia
- Google Image
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.