Surat untuk awak! :D



Saudari,
Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak. 
Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk diajak ber"couple". Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.
Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.
Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.
Saya tahu apa yang awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.
Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya, saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.
Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.
Seperti awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak. 
Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post