Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Baru-baru ni, aku sempat singgah kat The Campus Ampang. Memang banyak sebenarnya pilihan tempat makan yang menarik kat sini, jadi selepas berfikir beberapa kali dan mengambil masa beberapa minit untuk buat keputusan, akhirnya kami memilih untuk cuba makan di JUNGHEE.

Suasana dalam restoran ni memang cantik dan selesa. Pertama kali langkah masuk je, kami terus disapa mesra oleh staff mereka. Rekaan dalaman kedai ni gabungkan elemen kayu dan tetingkap kekisi tradisional Korea dengan sentuhan moden yang sangat estetik. Memang nampak kemas, kemas, dan tenang, padanlah ramai yang suka mengambil gambar kat sini!

PENGALAMAN MAKAN DI JUNGHEE, THE CAMPUS AMPANG

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Bagi anda yang belum pernah dengar pasal tempat ni, Junghee bukanlah sebarang restoran Korea biasa. Di Korea Selatan sendiri, Junghee merupakan satu fenomena viral yang sangat popular dengan 22 cawangan, di mana pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata nak menikmati hidangan mereka. 

Nama 'Junghee' (정희) ni sebenarnya ada makna yang cukup mendalam; ia diinspirasikan daripada nama ibu pengasasnya, gabungan aksara Cina Jeong (情) yang bermaksud kasih sayang dan Hee (喜) yang bermaksud kegembiraan. Cawangan di Ampang pula adalah lokasi pertama mereka di Malaysia, membawakan sajian Seoul-style fusion hansik. Apa yang menarik, sos utama dan bahan-bahan istimewa mereka diimport terus dari Korea bagi memastikan rasa autentiknya tetap terjaga.

Masa sampai kat sini, aku decided untuk cuba beberapa menu signature yang selalu lalu kat feed media sosial aku. Berikut adalah ulasan dan review aku pada menu yang dicuba.

MENU YANG DICUBA DI JUNGHEE THE CAMPUS AMPANG

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

1. Wagyu Beef Kimchi Fried Hot-Pot Rice (와규 소고기 지짐밥)

RM37 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Hidangan pertama yang sampai kat meja ialah Wagyu Beef Kimchi Fried Hot-Pot Rice. Bila disajikan dalam periuk panas yang bersaiz comel tu, visual dia memang nampak sangat menarik!

Cara makan dia pun ada experience tersendiri. Telur mentah dan bijan didatangkan dalam bekas berasingan, jadi korang kena tuang sendiri kat atas nasi tu. Masa periuk masih panas membara, terus gaul rata semuanya. Bila dah digaul, telur tu akan masak sekata dengan nasi goreng kimchi dan daging wagyu seolah-olah macam "digoreng" segar terus kat meja korang! Pro-tip: Periuk besi ni memang betul-betul panas, jadi kena berhati-hati dan jangan sampai terpegang tepi periuk.

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Dari segi rasa, bagi aku memang sangat sedap. Terutamanya bahagian nasi yang kena pada dasar periuk panas tu, dia jadi berkerak sedikit, garing, dan penuh aroma. Daging wagyu dia lembut, gabungan rasa masam pedas kimchi pun seimbang dan tak muak. Saiz hidangan dia pun cukup besar, memang ideal untuk kongsi berdua!

2. Shrimp & Potato Pancake (새우 감자채전)

RM33 | ⭐⭐⭐⭐

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Seterusnya, aku cuba Shrimp & Potato Pancake. Bila sampai kat meja, saiz hidangan dia agak besar , bentuk bulat seolah-olah macam pizza yang dihidangkan dalam pinggan khas, siap ada cawan sos istimewa diletakkan kat bahagian tengahnya.

Berbeza dengan pajeon tebal kat kedai biasa, versi JUNGHEE ni menggunakan irisan kentang yang dipotong halus seperti jejari dan digoreng garing bersama udang. Dari atas pancake ni, korang boleh nampak ketulan udang yang sudah dimasak dengan saiz yang agak besar dan pemurah!

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Cara makan dia pun mudah, korang cuma potong sendiri pancake bulat ni ikut saiz yang korang nak, ambil kepingan tu, lepas tu cicah kat sos kat bahagian tengah sebelum makan. First bite memang terus ketagih! Tekstur luar kentang tu tersangat garing (crispy), diimbangi dengan kelembutan udang yang siap dimasak tu. Sos istimewa kat tengah tu pulak rasa dia memang unik dan ngam sangat bila dicicah. Memang side dish yang padu untuk makan kongsi-kongsi!

3. Spicy Perilla Noodles (매콤들기름 메밀면) 

RM29 | ⭐⭐⭐

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Untuk peminat mi pulak, hidangan Spicy Perilla Noodles ni wajib korang cuba. Mi dia memang tersangat kenyal dan dihidangkan bersama kepingan seaweed (rumpai laut) di atasnya.

Bila korang gaul mesra mi ni dengan minyak biji perilla (perilla oil) yang harum tu, aromanya terus membangkitkan selera! Jujur cakap, ini first time sebenarnya aku makan makanan yang ada rasa sebegini. Rasa lemak-lemak wangi daripada minyak perilla bercampur dengan rasa pedas nipis dan rangup seaweed buat hidangan ni rasa tersangat unik, segar, dan different daripada mi Korea yang biasa.

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Sekali lagi, saiz hidangan mi ni pun memang besar dan mengenyangkan. Kalau korang nak rasa sesuatu yang fresh dan tak pernah cuba kat mana-mana tempat lain, ini memang pilihan yang amat disyorkan!

4. Kimchi Cheese Tteokbokki Chicken Fries (김치 치즈 탕수육)

RM35 | ⭐⭐⭐⭐⭐

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Akhir sekali, untuk sajian yang lebih kasual, aku order Kimchi Cheese Tteokbokki Chicken Fries. Menu ni memang terus jadi kegemaran aku sebab ada cheese, tteokbokki, dan chicken dalam satu hidangan!

Bila dimakan masa tengah panas-panas, keju dia cair memanjang dan memang rasa tersangat sedap. Kepingan ayam goreng yang rangup diimbangi dengan kelembutan tteokbokki, keju yang gurih, dan rasa segar kimchi serta sos Korea. Kombinasi rasa masam, manis, pedas, dan limpahan keju cair tu memang memikat jiwa.

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Tekstur rangup ayam bercampur rasa padu keju dan kimchi buatkan menu ni sangat adiktif. Kalau datang ke sini, memang wajib makan masa baru sampai kat meja untuk rasa keju cair yang sebenar!

SUASANA JUNGHEE THE CAMPUS AMPANG

Ini first time aku datang ke The Campus Ampang, dan sebenarnya banyak sangat restoran serta kedai yang menarik kat sini. Untuk JUNGHEE ni pulak, lokasi dia memang senang sangat nak cari. Tapi macam orang selalu cakap, tempat duduk kat sini memang agak limited, jadi ada masa memang kena beratur sikit.

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Dari segi suasana pulak, tempat ni memang meriah! Masa aku pergi tu penuh dengan orang ramai bersembang ditambah pulak dengan muzik background, jadi kalau korang cari tempat makan yang jenis tenang dan sunyi, mungkin tempat ni kurang sesuai. Boleh jadi hari lain agak tenang, tapi masa kunjungan aku tu memang ramai orang dan suasana agak bingit. Pun begitu, riuh-rendah tu langsung tak menjejaskan pengalaman makan aku sebab makanan dan servis dia tetap top-notch!

Makan di JUNGHEE, The Campus Ampang: Apa Yang Menarik?

Secara keseluruhannya, pengalaman makan kat JUNGHEE ni memang tersangat seronok. Maklumlah, jarang-jarang aku pergi restoran jenis macam ni, sebelum ni selalu tengok dalam TV atau drama Korea je!

Untuk bab makanan pulak, surprisingly, semua hidangan yang aku cuba memang sedap-sedap belaka. Tapi kalau disuruh pilih satu yang paling top, aku tetap akan pilih Wagyu Beef Kimchi Hot-pot Rice tu. Rasa dia memang betul-betul padu dan sangat berbaloi!

Kalau ada peluang datang lagi ke JUNGHEE The Campus Ampang ni, aku pasti akan repeat dan cuba menu-menu lain pulak selepas ni.




Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!