[Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

Assalamualaikum..


Apabila membaca tragedi pembunuhan paling kejam yang berlaku di Gemencheh, Negeri Sembilan baru-baru ini, teringat saya pada satu lagi kisah pembunuhan Datuk Taha Talib (bekas speaker dewan Undangan Negeri Sembilan). Masih ingatkan lagi anda? Kes pembunuhan kejam Datuk Taha Talib yang telah pun berlaku 20 tahun yang lalu. Persamaannya adalah, kedua-kedua tempat kejadian sehingga berlakunya pembunuhan adalah sama iaitu di Gemencheh
Pembunuhnya adalah orang politik juga iaitu Datuk Mokhtar Hashim yang mana perbicaraan pada masa itu berjalan selama 2 bulan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas beliau. Selepas beberapa tahun di dalam penjara, beliau telah diampunkan atas perkenan Yang Dipertuan Agung pada masa itu dan hukumannya telah ditukarkan kepada hukuman penjara seumur hidup. Selepas beberapa tahun di dalam penjara, beliau telah pun dibebeaskan. 


Berbalik kepada kes pembunuhan di Gemencheh ini, entah di mana silapnya. Mengucap panjang apabila mendengar kisah empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa – putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya masing-masing berusia 90, 80 dan 76 tahun selain gadis berusia 22 tahun. 
Daripada sumber yang boleh dipercayai, suspek kes pembunuhan kejamini(Rashidi Ismail – 34 tahun) pernah menjawat jawatan sebagai pegawai bank di Affin Bank dan kemudiannya dikenakan VSS. Selepas itu, beliau menjalankan bisnes sendiri malangnya suspek telah ditipu. Pada masa yang sama tunang pula minta putus. Suspek juga mengalami masalah kewangan yang agak teruk.

TAMPIN(5 Januari 2009) : Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam. Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Katas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang. Berita Harian

  1. Atan Daud, 90-an : Putus Tangan Kiri
  2. Sufiah Katas 80-an : Putus Tangan Kanan
  3. Ismail Awang 60-an : Putus Kepala
  4. Siti khadijah 22 thn : Pisau Tercacak di Dada

Semoga diberikan kekuatan kepada budak perempuan itu yang juga adik suspek. Budak itu pastinya trauma untuk satu tempoh yang panjang. Beliaulah individu yang menjumpai mayat yang dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan menyayat hati. Tanpa kepala, pisau tertusuk, tangan dipotong.


Pengajaran demi pengajaran yang sepatutnya diambil daripada tragedi pembunuhan kejam seperti ini, dengan harapan sekurang-kurangnya kejadian seperti dapat dielakkan dengan cara bertindak segera mendapatkan pertolongan dan berikhtiar walau dengan apa cara sekalipun, samada psikiatrik atau kaunselor(bergantung kepada situasi dan keadaan)   jikalau mendapati perubahan perangai yang janggal berlaku pada ahli keluarga kita. Kadang-kadang sekecil-kecil benda inilah yang boleh bawa masalah besar.
Antara masalah utama ialah stigma masyarakat yang mengaitkan Wad Psikiatrik/Doktor Pakar Psikiatrik dengan orang gila sehingga mereka menjadi segan dan malu untuk bertindak.


UPDATE pada 23 Mei 2010 !!
SEREMBAN – Laporan perubatan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati Rasidi Ismail layak dibicarakan atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya termasuk bapa dan adiknya di Kampung Batang Rokan di Gemencheh dekat sini pada 5 Januari lalu.
Rasidi sebelum ini diarahkan menjalani pemeriksaan mental selama dua bulan di Hospital Permai, Tampoi, Johor oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah membunuh empat ahli keluarganya.


P/S : Memang tidak boleh disangkal lagi tragedi pembunuhan Gemencheh, adalah pembunuhan paling kejam di Malaysia. Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pembunuhan di Gemencheh ini dan salam takziah untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan untuk menerima ketentuanNya


3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post