Kecewa Dengan Industri, Syamsul Yusof Ubah Penampilan




"Sedia maklum, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof begitu kecewa dengan apa yang berlaku kepada filem arahan terbarunya KL Gangster 2. Sebelum tarikh tayangan KL Gangster 2 telah ‘dirompak’. Akibat dari perkara itu, Syamsul Yusof seakan menyepikan diri daripada bidang hiburan.
Dalam pada itu, ada laporan mengatakan Syamsul mahu mengundurkan diri dari dunia hiburan kerana begitu sedih dengan apa yang berlaku. Syamsul juga kurang tampil dalam mana-mana acara hiburan.
Bagaimanapun menerusi beberapa sumber media, rupanya Syamsul ada sebab tersendiri untuk menyepi seketika. Dia kini dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan di sekitar Lembah Klang. Jika benar maka ia memang satu perubahan yang positif. Mungkin Syamsul mahu menenangkan fikirannya.
Dibawah ada beberapa foto terkini Syamsul Yusof yang berimej baru dan paling menarik ada bersamanya juga penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Tahniah Syamsul, semoga terus kekal dengan imej sebegini dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup anda." Sumber

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post