Perak #VMY 2014

Aerill Hassan
6
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia)  Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepasPahang.
Negeri Perak Darul Ridzuan terletak bersempadan terus dengan negeri Kedah di sebelah utara, negara Thailand lebih tepat lagi bersempadan dengan Provinsi Yala disebelah timur laut. Negeri Pulau Pinang disebelah barat laut; Kelantan dan Pahang disebelah timur; Selangor di sebelah selatan dan Selat Melaka disebelah barat.

Gua Tempurung di Perak
1. Gua Tempurung
Lokasi yang menarik adalah Gua Tempurungdi mana ia merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng. Gua tersebut terdiri dari lima kubah yang besar dan silingnya serupa sperti tempurung kelapa. Selain itu, Gua Tempurung dipercayai wujud sejak 8000 tahun dahulu dan panjang gu atersebut mencecah sehingga 1.9 kilometer. Ketika dahulu, gua tersebut merupakan tempat perlombongan bijih timah.
2. Sungai Klah Hot Springs
Lokasi tersebut sangat cantik kerana dikelilingi oleh bukit bukan dan gunung dan ia merupakan tempat tarikan yang sangat unik. Pengunjung yang datang pasti gembira puas hati kerana berpeluang untuk mandi air kolam panas sambil menghirup udara yang segar dan pemandangan yang indah.
3. Taman Herba Negeri Perak
Lokasi Taman Herba terletak di Kampung Kepayang yang mempunyai keluasan 22 hektar. Terdapat 525 spesies yang boleh diperolehi di Taman Herba Negeri Perak tersebut. Antara spesies popular herba adalah misai kucing, kacip Fatimah dan kunyit bonglai. Tambahan lagi, taman tersebut sangat cantik dan mendamaikan hati pengunjung yang datang.
4. Zoo Taiping
Lokasi Zoo Taiping adalah berhampiran dengan kaki Bukit Larut. Zoo tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia juga dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah. Keluasan Zoo tersebut adalah lebih 8.5 hektar dan mempunyai 1300 haiwan daripada 180 spesies. Antara haiwan yang boleh dilihat di dalam zoo tersebut adalah singah, badak air, rusa, kihang, harimau dan banyak lagi.
5. Pulau Pangkor
Lokasi pulau pangkor adalah terletak di Lumut di mana Lumut juga terkenal dengan hasil kraf tangan dan koleksi siput. Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor boleh menaiki feri di mana ia mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk sampai ke destinasi. Selain itu, pulau tersebut adalah tempat yang besejarah seperti Kubu Belanda yang telah di bina pada abad ke-17. 
 
 Ada pelbagai lagi tempat menarik di Perak.Apa kata kita luangkan masa untuk bercuti ke tempat2 menarik2 di Malaysia?? :D
 

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!