Stadium Nasional Bukit Jalil diiktiraf sebagai 'Stadium Of The Year'.



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Nama Malaysia sekali lagi menjadi harum apabila Stadium kebanggaan negara iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) diberi pengiktirafan sebagari 'Stadium of the Year' pada majlis penganugerahan yang telah dijalankan di World Stadium Congress Awards 2018.

SNBJ dengan berkapasiti 87,411 turut bersaing dengan stadim terkemuka yang lain seperti Stade de France dann Nouveau Stade de Bordeaux untuk mendapaatkan gelaran itu.



"We are very honoured to announce that the glorious National Stadium has won the Stadium of the Year (Existing) Award at the World Stadium Congress Awards 2018 that took place from 7-9 May 2018 at the Amsterdam Arena," kenyataan daripada KL Sports City's Facebook Page.

SNBJ merupakan sebahagian daripada projek Bandar Sukan KL, telah menjalani baikpulih secara besar-besaran pada tahun lepas di mana ianya telah siap tepat pada masanya untuk Sukan Sea 2017 dan Sukan Para ASEAN.


SNBJ telah dibuka pada tahun 1998 iaitu hampi 20 tahun yang lalu dan merupakan tempat yang banyak menjadi tuan rumah bagi pelbagai jenis sukan termasuk Sukan Komanwel 1998 dan juga konsert-konsert.

Sumber : StadiumAstro

6 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.