MLM 2013: Menang Kereta, Bukti Kebangkitan Sepahtu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Maharaja Lawak Mega 2013 minggu kesembilan menyaksikan kumpulan Sepahtu mengekalkan penguasaan mereka sebagai kumpulan paling mendapat perhatian dan popular di kalangan peminat program komedi ini selepas memenangi sebuah kereta baru Perodua Alza dengan 65 peratus undian malam semalam.
Kemenangan mereka juga adalah bersempena pelancaran kereta Perodua Alza yang baharu berlangsung sebelum bermulanya program MLM 2013 yang diadakan di perkarangan pintu utama One Utama New Wing, Bandar Utama, Petaling Jaya.Menurut Jep Sepahtu, kemenagan mereka adalah atas sokongan padu daripada para penyokong yang tidak putus-putus memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus berjuang di gelanggang MLM 2013.
“Syukur ke hadrat ilahi kerana hasil usaha kami akhirnya terbalas dengan bantuan para peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Tanpa mereka tidak mungkin kami tidak mampu untuk mendapat undian tertinggi dan seterusnya memenangi kereta Perodua Alza ini,” jelas Jep kepada Astro Gempak.Tambah Jep, mereka pada awalnya tidak menyangka nama kumpulan Sepahtu disebut sebagai pemenang untuk minggu kesembilan kerana tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir pada malam tersebut.
“Kami memang tak sangka kemenangan berpihak kepada kami pada malam ini. Tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir juga para penonton di rumah.  Kami buat sehabis baik yang mungkin supaya peminat masih mempercayai kemampuan kami di atas gelanggang hebat seperti MLM 2013 ini.
“Lebih manis salah seorang kumpulan kami iaitu Rahim diumumkan “Man Of The Match” pada malam ini. Ini adalah bukti berkat usaha serta fokus kami untuk buat terbaik buat pemiant diluar sana. Apa pun ribuan terima kasih kepada para penonton dan peminat MLM 2013 juga peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Anda semua adalah kekuatan kami sejak dahulu lagi,” ujar Jep lagi.
Ditanya di antara mereka bertiga siapa bakal memiliki kereta tersebut, keputusan masih belum ditentukan namun tidak menolak menjadikan ianya kereta rasmi kumpulan Sepahtu kelak.
Minggu kesembilan menyaksikan kumpulan Wala tersingkir selepas menerima undian terendah berbanding tujuh kumpulan yang lain. Penyingkiran mereka telah diumumkan oleh salah seorang juri tetap MLM 2013 iaitu Luna Maya. " SUMBER : ASTROGEMPAK 
 
 
 Komen angah :-
Tahniah diucapkan kepada mereka.Tak sangka dapat kereta lagi!! Memang untung kalau jadi pelawak zaman sekarang.Kalau zaman dulu-dulu,tak dapat apa pun kan?? Apa-apapun jangan lupa untuk teruskan menonton maharaja lawak mega 2013!! :D

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Hello, I еnjoy reading all of youг arti&X63;le.
    I like to writе a l&X69;ttle co&X6D;mеnt tο support yоu.


    Here is mу web blog doudo&X75;ne аr&X6D;ani enfant; doudoune-armani-enfant.cqwawa.net,

    ReplyDelete
  2. Rezeki mereka. Tp susah juga nak bergilir-gilir guna kereta tu :p

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post