Shah Alam ke Putrajaya : Terbaik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni angah nak cerita tentangsuatu pengembaraan yang sangat menarik.Haha,bukannya apa pun,just angah dengan kawan-kawan angah hangout ke tempat-tempat menarik.

4 orang yang pergi iaitu angah sendiri,Rushdan, Fatin,Mandy.Semuanya adalah budak-budak fakulti muzik Uitm.Ini adalah ketika kami di Bentley Music,Damansara.Memang best,Itu adalah tempat persinggahan pertama kami.Dah sememangnya student muzik,jadi memang excited la bila masuk tempat-tempat yang penuh dengan barang-barang muzik.
Ada kawasan untuk gitar,piano,brass + woodwinds,percussion.Memang best.Ini bukan kali pertama angah ke sini,dah banyak kali dah semenjak angah jadi student Uitm Shah Alam.Tapi setiap kali angah pergi sana,memang rasa excited.Apa-apapun tak sabar nak pegi lagi ke Bentley Music,Damansara. 




Kemudian,perjalanan diteruskan lagi ke Pusat Sains Negara.Walaupun kami semua student muzik,tak bermakna kami tak perlu ambil tahu tentang sains kan?? Sebenarnya angah suka sains,tapi minat angah lebih kepada muzik.Memandangkan peluang pekerjaan yang agak banyak dalam bidang muzik.
Lupa nak cerita, 4 orang yang pegi ni,kesemuanya adalah pianist kecuali angah.Hebat kut diorang main piano. 
Angah sorang je yang main clarinet.Haha,biarlah asalkan kita happy kan?? 



Akhirnya sampai juga di Pusat Sains Negara. Apa yang angah boleh gambarkan adalah ia tak ubah seperti ketika kami di Petrosains. Cuma yang berbeza adalah penambahan beberapa pameran serta di Pusat Sains Negara lebih besar.
Apa yang menarik adalah terdapat Pameran Rumah Yang Ditinggalkan. Science of Fear. Memang best. Ia seperti pengalaman kita ke sebuah rumah yang ditinggalkan,terdapat sains di situ.Dari segi penampakan hantunya.Memang berbaloi. Dan yang paling best adalah ketika kita sendiri boleh menakutkan orang lain!! Kemudian terdapat rumah rama-rama. Sebenarnya bukan ada rama-rama sahaja,tetapi juga terdapat kura-kura,kala jengking,katak,arnab,orkid,cactus,ikan..dan banyak lagi.memang best masuk dalam tu,terasa seperti di alam fantasi. 

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Putrajaya.Walaupun angah dah beberapa kali ke Putrajaya,tetapi angah tetap excited utk ke pusat pentadbiran Malaysia ini.Kononnya kami smeua nak singgah di masjid Putrajaya ini,tetapi memandangkan orang yang sangat ramai serta parkir yang sangat susah nak jumpa,kami tukar plan ke masjid Sultan Mizan.
Apa-apapun angah tetap rasa teruja tengok bangunan-bangunan di Putrajaya.Sangat elegan dan menarik untuk dilihat. 


Kami singgah di jambatan yang menarik ini.Sempat mengambil beberapa gambar untuk di jadikan gambar kenangan.Angah juga sempat tangkap gambar bangunan yang menarik.
Selepas itu kami ke Alamanda Putrajaya.Shopping buku di sana,memandangkan semua dah dapat Baucar Buku 1 Malaysia.hehe.Kemudian kami pulang ke Shah Alam,dan sampai pada pukul 11.00 malam.
Kesimpulannya
Pengembaraan yang sangat best.Angah suka bila mana kita keluar bersama rakan-rakan yang sekepala.Angah tak suka kalau kita ke tempat-tempat yang angah tak suka dan keluar dengan orang-orang yang angah tak suka. Haha.
Sekian.

*Nantikan entry review blog!! 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post