Kawan atau Lawan? : Pilihan Terbaik




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Baiklah. Kali ini angah nak berbicara tentang Kawan. Semestinya setiap orang mempunyai kawan atau sahabat. Iaitu seseorang yang sering berada di keliling anda semua yang mana mereka sentiasa akan membantu anda atau menolong serta akan bersama-sama anda dalam setiap apa yang anda lakukan.
Walaubagaimanapun terdapat segelintir kawan atau sahabat yang tidak sepatutnya dijadikan sahabat sejati atau dalam erti kata lain kawan yang rapat. Kerana apa? Kadang-kadang ada yang hanya mahu dapatkan sesuatu sahaja daripada kita.
Jenis-jenis kawan :-

Pertama sekali adalah kawan yang hanya berkawan dengan kita bila dia di dalam kesusahan. Mengikut apa yang pernah angah lalui sendiri,ada beberapa kawan yang hanya datang kepada angah semata-mata untuk dapatkan pertolongan apabila dia di dalam kesusahan. Walaubagaimanapun,angah tetap membantu dia juga,tetapi mungkin sebagai seorang manusia,angah rasa tak perlulah hanya ketika dalam kesusahan sahaja mahu mencari angah. Ia boleh diumpamakan sebagai kawan yang tidak berhati perut.

Kedua adalah kawan yang jenis mencari kita semata-mata untuk mengaut keuntungan. Ia adalah berbeza dengan jenis kawan yang pertama. Kawan jenis ini adalah lebih kepada mengambil jalan mudah untuk berjaya dengan berkawan dengan kita. Angah pernah berada di dalam situasi di mana pelru menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah,kemudian ada beberapa orang yang ingin bersama dalam kumpulan dengan angah,malangnya hanya angah sahaja yang bekerja,yang lain sekadar menumpang nama sahaja. Jadi,boleh di katakan di sini bahawa ianya adalah satu jenis kawan  yang tidak boleh diharap. 

Jenis kawan yang ketiga pula ialah kawan yang sentiasa baik dengan kita hanya di hadapan kita,tetapi bila di belakang kita,dia akan mengutuk kita. Jenis sebegini adalah lebih bahaya daripada kawan-kawan yang seperti di atas. Dapat angah katakan bahawa kawan seperti ini merupakan kawan yang paling celaka.Sebab apa? Sebab dia memburukkan kita dihadapan kawan kita yang lain.

Keempat ialah jenis kawan yang rapat dengan kita untuk masa-masa tertentu.Kawan sebegini adalah kawan yang boleh dikatakan agak bagus. Tetapi yang penting ialah kita tak peru terlampau mengharap atau berharap kepada kawan kita yang jenis seperti ini. Hal ini kerana kawan sebegini pastinya mempunyai masa-masa tertentu sahaja untuk bersama kita.Jadi sememangnya tidak perlu terlampau rapat dengan kawan yang sebegini atau dalam erti kata lain janganlah berkongsi rahsia yang melampau-lampau dengan kawan yang sebegini.

Kelima dan terakhir ialah kawan yang sentiasa bersama kita di saat susah mahupun senang. Kawan sebegini adalah kawan yang sememangnya perlu diberi perhatian. Kerana apa? Kerana kawan sebegini mampu untuk menolong kita dimana kita di saat kesusahan.Selain itu,kita juga boleh berharap kepada kawan jenis ini.
Kesimpulannya,fikir-fikirkanlah,jenis apakah kita sebagai seorang kawan. Bagi angah sendiri,biarlah kita berkawan dengan semua orang,tetapi untuk kawan yang rapat,angah perlu menilai dulu,adakah angah seorang yang boleh dipercayai atau tidak.Selain itu angah juga pelru menilai adakah dia orang yang sesuai untuk dijadikan kawan rapat. 
 Sekian Terima Kasih.

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post