Sudah Banyak Entri Rupanya...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sebanyak 1368 entri telah dihasilkan oleh angah selama ini. Tak sangka,begitu banyak entri yang telah angah hasilkan selama berblogging. Entri pertama adalah pada tahun 2010. Sejak dari pada tahun itu,angah menjadi seorang blogger yang separuh aktif.

Jumlah : 455

Untuk tahun 2014,sebanyak 455 entri telah dihasilkan dan jumlah ini dijangka akan bertambah mengikut bulan. Bulan yang paling banyak angah hasilkan entri ialah bulan Mei 2014 iaitu ketika angah sedang cuti semester. Manakala bulan yang paling sedikit entrinya adalah pada bulan Ogos 2014 iaitu sebanyak 11 entri sahaja.
Tahun 2013 menyaksikan angah menjadi lebih aktif berbanding tahun sebelumnya. Buat pertama kalinya angah dapat pegang laptop milik angah sendiri. Ketika itu nama blog ini masih lagi berdomainkan blogspot. Sebanyak 738 entri dihasilkan pada tahun 2013. Bulan paling banyak entry dihasilkan ialah bulan November 2013 iaitu ketika angah sedang bercuti semester.Manakala bulan yang paling sedikit ialah di bulan Julai 2013 iaitu bulan di mana angah sedang berkuliah.

Jumlah : 93

Tahun 2012 merupakan tahun yang agak mengerikan bagi angah kerana pada tahun itu angah telah menduduki SPM.Kuantiti sebanyak 93 entri telah dihasilkan. Boleh di lihat ada diantara bulan yang angah langsung tidak update blog iaitu pada bulan Jun,Julai,September,Oktober 2012. Hal ini kerana pada bulan2 tersebut angah sibuk dengan hal-hal berkaitan SPM. Bulan paling banyak angah hasikan entry sudah tentunya pada bulan Disember 2012 iaitu pada selepas berakhirnya SPM.Sejak daripada itu,angah terus aktif berblogging.
  • Tahun 2011 merupakan tahun yang agak aktif. Sebanyak 71 entri telah dihasilkan.Angah menghasilkan entri dalam kuantiti yang tidak begitu banyak. Tetapi setiap bulan,angah akan pastikan mesti mempunyai satu entri. Ketika itu angah di tingkatan 4. Bulan paling banyak angah hasilkan entry ialah ketika di bulan OGOS 2011 iaitu ketika cuti hari raya. Manakala bulan paling sedikit ialah pada bulan Februari 2011 iaitu sebanyak 1 entri sahaja.
Tahun 2010,menyaksikan tahun pertama angah berblogging. Angah mula mempunyai akaun blogger pada tahun tersebut. Ketika itu angah masih di tingkatan 3. Sebanyak 11 entri telah dihasilkan. Apa yang angah masih ingat,apabila angah cuti,angah akan ke kedai Komputer yang mempunyai internet,dan angah akan update blog di situ. Di rumah angah ketika itu tiada komputer mahupun internet.

Bagaimana dengan anda? 

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Teruskan usaha angah ye.. leya doakan kejayaan angah dan blogger2 lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post