"Saya suka buat Maksiat."





Assalamualaikum dan salam sejahtera.






Masalah gejala sosial di negara kita pada masa ini boleh dikatakan berada di tahap yang menakutkan. Setiap hari boleh dilihat terpampang di dalam akhbar mahupun di dalam media sosial berkenaan maksiat serta pelbagai lagi gejala sosial.
 Sebenarnya adakah anda tahu apa itu maksiat dari erti kata yang sebenar? Mungkin anda terlepas pandang dalam beberapa hal,jadi kali ini angah nak kongsikan kepada anda tentang maksud maksiat serta perkara-perkara lain yang berkaitan.

Maksiat Serta Amalan Yang Boleh Menghapuskan Dosa

Maksiat terbahagi kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil. Adakah dosa-dosa kecil yang kita lakukan boleh terhapus? Ya, ianya boleh terhapus berdasarkan firman Allah S.W.T. :-

"إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا "

Dan firman Allah Taala: "إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ". Berdasarkan kepada firman Allah yang pertama, menunjukkan bahawa dosa-dosa kecil boleh terhapus dengan kita meninggalkan dosa-dosa besar, serta melakukan kebajikan. Ini bermakna, tidak cukup sekadar kita meninggalkan dosa besar sahaja, malahan kita perlu juga melakukan kebajikan agar dosa-dosa kecil yang kita lakukan terhapus. Begitu juga yang terdapat di dalam hadith iaitu: "وأتبع السيئة الحسنة تمحها". 
Demikian juga yang terdapat di dalam hadith sahih yang menyatakan bahawa menyempurnakan wuduk, melangkah ke masjid, mendirikan solat lima waktu, mengerjakan solat Jumaat sehingga datangnya Jumaat seterusnya, begitu juga berpuasa di bulan Ramadan sehingga Ramadan seterusnya, bangun malam Lailatulqadar, berpuasa pada hari `Ashura' dan sebagainya, maka kesemua ini boleh menghapuskan kesalahan seseorang. 
Walaupun amalan-amalan ini adalah kecil, tetapi ianya memberi kesan yang cukup besar iaitu penghapus kepada dosa-dosa kecil yang dilakukan. Oleh yang demikian, apabila kita melakukan ketaatan, maka mestilah disertai dengan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan meyakini bahawa amalan2 yang kita lakukan itu penyebab kepada terhapusnya dosa. Dengan yang demikian, meninggalkan dosa2 besar mestilah disertai dengan melakukan kebajikan dan amal soleh.  

Apakah yang dimaksudkan dengan dosa besar? 

Ada yang mengatakan bahawa dosa besar itu ialah segala kesalahan yang dikenakan hukuman hudud ke atasnya. Ada yang mengatakan bahawa setiap kesalahan yang dikenakan laknat, kemarahan, api neraka, atau seksaan ke atas pelakunya. Sabit berdasarkan hadith sahih nama-nama yang banyak terhadap beberapa kesalahan2 yang besar, serta bertingkat-tingkat. 
Antaranya ialah kekufuran yang paling besar iaitu syirik dan melakukan sihir. Antaranya lagi ialah dosa-dosa besar seperti membunuh jiwa yang diharamkan untuk membunuhnya, lari dari medan perang, memakan riba, memakan harta anak yatim, bercakap dusta, antaranya lagi ialah menuduh wanita solehah melakukan perbuatan keji, meminum arak, derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, dan sebagainya. 



Apakah yang dimaksudkan dengan taubat nasuha? 


Taubat nasuha ialah taubat yang benar yang mesti terdiri daripada tiga perkara iaitu: 
1) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta menyesal akan perbuatan tersebut. 
2) Berazam untuk tidak mengulanginya lagi buat selama-lamanya. 
3) Sekiranya melakukan kezaliman kepada saudara muslim, maka perlu minta halal kepadanya sekiranya boleh, ini kerana kezaliman yang dilakukan kepada seseorang akan dituntut di hari akhirat kelak. 

Perlu diingati oleh sekalian manusia bahawa segala maksiat yang dilakukan merupakan satu perlanggaran kepada perintah Allah S.W.T. 

Antara amalan2 yang boleh membantu jiwa bagi mengubati penyakit suka melakukan maksiat ialah sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T., menanamkan iman di dalam diri bahawa Allah S.W.T. sentiasa memerhati segala gerak-gerinya, serta kembali kepada Allah S.W.T. 

Kesan Dosa Kepada Kehidupan 

Jangan kita menyangka bahawa segala dosa yang kita buat walaupun kecil tidak memberikan apa2 kesan kepada kehidupan. Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang remeh akan dosa yang dilakukan kerana ia kadangkala akan membawa musibah kepada kita. 

Ibn Taymiyyah mengatakan bahawa segala maksiat yang dilakukan adalah penyebab kepada beberapa musibah yang menimpa kita. Segala musibah dan balasan buruk adalah disebabkan perbuatan kita yang buruk, manakala ketaatan yang kita lakukan pula adalah penyebab kepada kita mendapat ni`mat. Melakukan amalan dengan baik dan penuh ihsan adalah penyebab kepada kita mendapat ihsan daripada Allah S.W.T. 

Sekian. 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. terima kasih mengingatkan angah....selagi pintu taubat masih terbuka, selagi itu kena rebut peluang sebelum terlambat

    ReplyDelete
  2. Angah..kak kathy singgah dari fanpage angah..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post