Last Minute Kerja??!


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari pertama untuk minggu ke 10 untuk semester kali ini. Bermakna hanya tinggal lagi 4 minggu sahaja lagi sebelum angah selesai habiskan semester terakhir ini.
Sememangnya diminggu-minggu terakhir ini, banyak perkara yang perlu dihabiskan. Banyak assignment dan macam-macam lagi yang bercanggah. Ada banyak lagi perkara yang perlu diuruskan. Dengan pelbagai subjek yang langsung tidak berkaitan, sememangnya jika seseorang itu tidak mengambil perhatian pada minggu-minggu ini, habislah.
Apa yang angah lihat, boleh diperhatikan ada yang mula tak datang kelas. Ada yang baru bertanya, "Minggu ni lecturer nak tengok apa?". Apakah semua ini? Kenapa semuanya mesti dibuat last minute?
Kalau masa angah sekoalh menengah, angah merupakan seorang yang suka buat kerja last minute. Tapi bila dah masuk universiti, angah dah malas nak buat kerja last minute. Lebih baik buat kerja awal waktu. Nasib baik angah berkawan dengan orang yang suka buat kerja awal. Alhamdulillah. 
 
 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post