Jimat cermat




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hidup sebagai seorang pelajar di masa kini bukanlah suatu yang mudah. Sekarang aku di minggu ke 3 dalam semester ini. Setiap hari, aku terpaksa mengehadkan penggunaan duit dalam perbelanjaan harian. Ditambah lagi, aku bukanlah datang daripada keluarga yang berada. 
Kadang-kadang aku terfikir, bila aku sedang asyik makan makanan yang sedap-sedap, yang mahal-mahal dekat mana-mana mall, apa yang family aku sedang makan? Sanggup ke aku makans edap-sedap sedangkan family aku yang lain makan makanan biasa-biasa?
Itu tentang makanan, macam mana pula dengan perbelanjaan harian? Aku takut bila mana ketikanya aku nak meminta wang daripada ayah atau mak. Mungkin jawapan daripada mereka memuaskan hati aku, tetapi sebenarnya, mereka pun tiada wang.
Dengan pihak universiti pula, yang menyuruh aku membeli pelbagai buku yang berharga lebih RM 50. Aku percaya, tak semua merasakan bahawa RM50 itu adalah mahal, tetapi bagi aku ianya jumlah yang sangat mahal. Tidak mampu! Kalau digunakan wang itu untuk makan, mampu menampung perbelanjaan makan selama seminggu!
Mungkin ada yang akan perasan yang aku kurang makan di kedai makan. Kalau sebelum-sebelum ini, aku selalu makan di kedai makan tetapi kini aku lebih suka masak sendiri makanan di rumah sewa. Biarpun aku masih lemah dalam masak-memasak, tetapi aku rasa ianya sangat menjimatkan kos. 
Betapa peritnya menjadi pelajar bila pelbagai benda harus difikirkan. Wang, makanan, pelajaran, masa depan, keluarga dan lain-lain lagi. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami. Aku bersyukur juga mempunyai rakan-rakan yang sangat membantu biarpun ada sekelumit kecil yang sedikit mengganggu.
Mungkin orang akan rasa pelik bila mana , aku susah nak contact family. Mungkin kadang-kadang hanya 3 kali sahaja seminggu. Dan lebih memeranjatkan  mungkin hanya sekali sahaja seminggu. Ianya kerana aku merasakan bahawa fokus aku di masa kini adalah pelajaran, bila sampainya waktu cuti, aku akan berada di rumah bersama family.Itulah masanya yang aku gunakan untuk bersama family.
Sekian.
 

 

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post