Kolej Jati UiTM Shah Alam tinggal kenangan.



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kolej Jati UiTM Shah Alam yang terletak berhampiran dengan pintu masuk utama UiTM Shah Alam kini dalam kenangan apabila kerja-kerja merobohkan bangunan sedang giat berlaku. Kolej yang terletak di Seksyen 2 , Shah Alam ini merupakan antara kolej yang mempunyai pelbagai kisah , sama ada kisah pahit mahupun manis buat mereka yang pernah menghuninya.



Inilah keadaan sekarang , iaitu kerja-kerja merobohkan sedang giat berlaku. Sedih melihat kolej yang aku tinggal buat jangka masa setahun itu kini sedang dirobohkan. Begitu banyak cerita dan kisah aku di sana.

Untuk pengetahuan anda semua ,ketika aku diploma , aku pernah tinggal di kolej ini untuk dua semester. Semester pertama aku tinggal di blok D manakala di semester kedua aku tinggal di blok E. Semester yang seterusnya , aku mula tinggal di rumah sewa , kerana ianya lebih dekat dengan kampus fakulti muzik. 


Antara kisah menarik adalah apabila inilah kolej pertama aku sebagai mahasiswa. Disinilah orientasi dilakukan. Disinilah tinggalnya pelajar-pelajar baru bagi ambilan Jun 2013. Aku tinggal di tingkat atas sekali. Buat mereka yang pernah tinggal di sini, pastinya tak dapat lupakan gerai nasi lemak yang terletak di pagar kolej. Disitulah kebiasaanya pelajar akan berkerumun untuk membeli makanan yang sangat lazat. Beruntung bagi sesiapa yang pernah merasa nasi lemak itu.


Selain kisah nasi lemak , ada juga kisah seram. Aku pernah diganggu dengan makhluk dunia lain di dalam kolej ini. Sungguh nostalgia. Ketika itu masih budak-budak. Usia masih di dalam lingkungan belasan.Kalau boleh , aku teringin nak kembali ke masa lalu. Begitu banyak kisah yang menarik. Begitu banyak kenangan.

Sekian.

Sumber gambar : Facebook


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post