Tular Rosak Akidah Kerana Patung


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Isu yang timbul ini agak kecoh kerana lokasi kawasan ini sangat dekat dengan kediaman aku. Untuk mereka yang tidak mengetahui, isunya adalah apabila sebuah taman perumahan yang terletak di daerah kulim, sebuah taman yang dahulunya terbengkalai , tetapi kini rancak dengan pembangunan.
Apa yang menjadi hal adalah , kawasan perumahan yang terletak betul-betul di sebelah lebuhraya , mempunyai lanndskap yang menarik ,pelbagai bentuk seni yang kreatif telah diletak dan disusun cantik di kawasan perumahan tersebut. Ada beberapa patung yang popular dilletakkan di hadapan pintu masuk perumahan tersebut. Antaranya adalah patung transformer , ironman, spiderman dan lain-lain. 
Di kawasan dalam , terdapat beberapa taman yang dihias mengikut tema. Yang menjadi isu disini adalah apabila ada beberapa patung yang menyerupai patung mengikut keagamaan. Sebuah portal tempatan , PenangKini , mula memviralkan tentang patung tersebut.
Di bawah adalah beberapa komen daripada pengguna facebook berkenaan isu ini :-





Gambar patung diturunkan oleh pekerja di kawasan taman tersebut.



Patung/boneka menjadi faktor bahawa malaikat tidak memasuki rumah,

Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) berkata: “Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.” ( Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250)
Ulasan aku :-

Isu yang dibangkitkan ini agak berat sebelah. Bagi aku , bukan hanya patung yang berunsur keagamaan sahaja , tetapi semua patung perlu diturunkan serta tidak patut di pamerkan buat tatapan semua orang Melayu Islam di negara ini. Kerana apa? Kerana IMAN kaum ini sangatlah lemah. Hanya dengan melihat patung tersebut ,terus dapat mempengaruhi sesorang itu untuk berubah kepercayaan.
Padahal , ada satu lagi isu yang tidak dibincangkan iaitu isu kebersihan. Ada sesiapa yang ambil tahu pasal kebersihan di kawasan tersebut setelah berapa ribu orang datang setiap hari? Betapa banyaknya sampah di tepi jalan yang perlu di kutip oleh pekerja Rohingya yang bekerja di kawasan perumahan itu? Kebersihan juga adalah satu daripada IMAN. Kenapa tak ada sesiapa yang persoalkan perkara ini?
Berkenaan penggunaan patung , aku rasa isu ini tidak akan habis , selagi patung burung helang di Langkawi , Tugu negara di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain tidak diturunkan , selagi itu akan ada isu ini. Buatlah di mana-mana , pasti akan ada orang yang bercakap tentang perkara ini.
Pernah tak mereka yang selalu kritik hal ini terfikir akan bagaimana perasaan masyarakat kaum lain? Perasaan mereka yang bertungkus lumus siap dan cantikkan taman perumahan yang terbengkalai? 
Mungkin akan ada orang yang akan kritik aku , tetapi yang aku nak jelaskan di sini bahawa toleransi sesama kaum sangat penting. Bagi aku , kalau tak suka akan sesuatu perkara contohnya patung tersebut , tak perlu kita nak bergambar di situ.  
Apa pendapat anda?

nota : aku sendiri tak pernah masuk ke dalam taman perumahan itu. sebabnya? Tak pernah rasa nak masuk , aku selalu pelik , kenapa ramai sangat yang suka bergambar di tepi jalan tu , rata-ratanya adalah kaum Melayu. Bergambar adalah satu hal , satu hal yang lain , membuatkan jalan semakin sesak.

 Sekian.

Sumber : PenangKINI

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post