Marvel Cinematic Universe : Thor



Assalamualaikum dan salam sejahtera





Thor adalah sebuah filem adiwira tahun 2011 berdasarkan karakter yang terdapat dalam komik Marvel dihasilkan oleh Marvel Studio dan diedarkan oleh Paramount Pictures. Filem ini merupakan filem yang ke empat di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini telah diarahkan oleh Kenneth Branagh.



Plot filem ini adalah berkenaan Thor, seorang putera raja di Asgard, telah dibuang ke Bumi dan dibuang kuasanya selepas Thor telah menyebabkan permusuhan terdahulu melalui perang tercipta semula. Adiknya , Loki, telah merancang untuk mengambil takhta Thor, dan Thor pula perlu membuktikan bahawa dirinya layak untuk memegang takhta dan juga mendapatkan tukul Mjolnirnya kembali.

Filem Thor telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 6 Mei 2011. Filem ini telah mendapat pujian dan kritikan positif daripada pengkritik dan penonton. Filem ini juga telah mempunyai sekuelnya iaitu Thor: The Dark World yang telah ditayangkan pada 8 November 2013 dan Thor: Ragnarok yang telah ditayangkan pada 3 November 2017.



Pelakon :

  • Chris Hemsworth - Thor
  • Natalie Portman -Jane Foster
  • Tom Hiddleston - Loki
  • Stella Skarsgard - Erik Selvig
  • Colm Feore - Laufey
  • Ray Stevenson - Volstagg
  • Idris Elba - Heimdall
  • Kat Dennings - Darcy Lewis
  • Rene Russo - Frigga
  • Anthony Hopkins - Odin


Filem Thor telah menerima kutipan box office seluruh dunia sebanyak USD449.3 juta. Filem ini merupakan filem ke 15 paling tinggi kutipannya bagi tahun 2011.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post