Album E.M.A.S (2003)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



E.M.A.S atau Edaran Muzik Aspirasi Semasa merupakan album studio kesembilan Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 3 Mac 2003. E.M.A.S terhasil diatas pengamatan Siti mengenai peredaran arus muzik tanah air. Album ini telah terjual melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TM Net kerana Siti telah bekerjasama dengan TMnet sebagai duta produk, dan TMnet terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip di dalam E.M.A.S, termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem Laila Isabella.

.......................................................

Rakaman

E.M.A.S merupakan album keempat Siti Nurhaliza di mana beliau tidak menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album dan komposer, selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika (ini juga berlaku kepada Prasasti Seni). Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Aidit Alfian, dan Julfekar, serta penerbit rakaman Indonesia, Dewiq, dengan Tan Su Loke bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album. Album ini juga merupakan album kedua Siti yang menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.

Rakaman album ini dijalankan pada Julai 2002 (empat bulan selepas Siti melancarkan album Sanggar Mustika) dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Dalam album ini, Siti menyumbangkan lirik untuk lima lagunya – “Bukan Cinta Biasa”, “Ku Yakini”, “Janji Kasih”, “Sebenar Cinta” dan “Ku Milikmu”.

............................................................



Keluaran dan Sambutan

Untuk mempromosikan album, empat lagunya, “Bukan Cinta Biasa, “Debaran Cinta”, “Airmata Ibu” dan “Ku Milikmu” dikeluarkan sebagai single; Siti Nurhaliza juga menyanyikan Bukan Cinta Biasa dan Ku Milikmu semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004. E.M.A.S merupakan kejayaan komersial, telah terjual melebihi 200, 000 unit di Malaysia dan 300, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan 2x platinum.

........................................................................



Senarai Runut

1. Bukan Cinta Biasa
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Dewiq

2. Debaran Cinta
Penulis : Faridah A. Razak
Komposer : Zuriani

3. Untuk Selamanya
Penulis : Rashid S.
Komposer : Zulfekar

4. Ku Yakini
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Helen Yap

5. Oda Bumi Anbia
Penulis : Ad Samad
Komposer : Mat S. W

6. Janji Kasih
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Aidit Alfian

7. Sebenar Cinta
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Ajai

8. Airmata Ibu
Penulis : Ad Samad, Tanty
Komposer : Aiman

9. Ku Milikmu
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Zuriani, M. Zulkifli

10. Di Sini Ku Berjanji
Penulis : Senibayan
Komposer : Azmeer

....................................................................


Anugerah


  • Anugerah Muzik Indonesia 2003

Album Malaysia Terbaik - Menang


  • Anugerah Industri Muzik 2004

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) - Menang
Album Pop Terbaik - MenangAlbum Terbaik - Menang
Kulit Album Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Bukan Cinta Biasa
Gubahan Terbaik di dalam Lagu - Menang


  • Anugerah Planet Muzik 2004

Album Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Bukan Cinta Biasa
Lagu Paling Popular - Menang
Lagu Terbaik - Dicalonkan


  • Anugerah Juara Lagu 2003


Lagu : Ku Milikmu
Kategori Pop Rock - Dicalonkan
Persembahan Terbaik - Menang

.........................................................................

Sekian

1 comment:

  1. siti nurhaliza.
    no 1 kot dlm malaysia.
    dari lagu pertama hits. hingga la kini, maintain :)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.