Album Pancawarna (1999)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pancawarna merupakan album studio kelima Siti Nurhaliza kelima, dilancarkan pada 7 Mei 1999 oleh Suria Records. Pancawarna merupakan kesinambungan kepada Adiwarna. Antara single yang menjadi perhatian ramai adalah "Nian di Hati", "Engkau Bagaikan Permata", "Kau Kekasihku", dan "Seribu Kemanisan".

Dalam album ini juga termuatnya lagu bertajuk "Lelaki (warkah seorang anak)" yang didedikasikan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atas sumbangannya kepada negara. Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.

........................................................................



Penerbitan

Pancawarna amat kuat dipengaruhi oleh Siti, yang turut terlibat dalam penulisan lagu dalam album kelimanya. Hampir semua lagu yang di dalam album ini benar-benar mencabar persembahan vokal Siti dan lagu yang paling ketara ialah “Kurniaan dalam Samaran” dan “Nian di Hati”. Di dalam lagu Lembaran Cinta Pudar, Siti memuatkan monolog ringkas yang memberikan intrig kepada pendengar.

Keluaran


Pancawarna dikeluarkan pada 7 Mei 1999 dan mendapat sambutan positif dengan jualan tertinggi sebanyak 100, 000 unitndan ia juga menduduki tangga pertama di carta album RIM. Di samping itu, muzik video untuk lagu “Nian di Hati”, “Kau Kekasihku” dan “Engkau Bagaikan Permata” dikeluarkan.

Sepertimana empat album Siti Nurhaliza sebelum ini, album Pancawarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.

...........................................................................................



Senarai Runut

1. Nian Di Hati
Penulis : Azam Dungun
Komposer : Azmeer

2. Seribu Kemanisan
Penulis : Zulkefli majid
Komposer : Azlan Abu Hassan

3. Engkau Bagaikan Permata
Penulis : Sham Amir Hussan & Siti Nurhaliza
Komposer : Helen Yap

4. Salju Kasih-Nya
Penulis : Hani MJ
Komposer : Adnan Abu Hassan

5. Lelaki (Warkah Seorang Anak)
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Siso Kopratasa

6. Kedamaian
Penulis : Hani MJ
Komposer : Mark Wong

7. Kau Kekasihku
Penulis : Alam Maya
Komposer : Ajai

8. Kurniaan Dalam Samaran
Penulis : S. Amin Shahab
Komposer : Ross Ariffin

9. Langkah Di Persada
Penulis : Tisya
Komposer : Rickie Koes

10. Lembaran Cinta Pudar
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Salman

....................................................................................



Anugerah

  • Anugerah Industri Muzik 2000

Album Pop Terbaik - Dicalonkan
Persembahan Vokal Terbaik di dalam lagu (Wanita) - Menang

Lagu : Nian Di Hati
Lagu Terbaik - Dicalonkan

  • Anugerah Juara Lagu 2000

Lagu : Kau Kekasihku
Kategori Balada - Menang

Lagu : Nian Di Hati
Kategori Balada - Dicalonkan

Lagu : Engkau Bagaikan Permata
Kategori Pop Rock - Menang

...............................................................................

Sekian

4 comments:

  1. Memang minat Dato Sri siti nurhalizad ari dulu sampai skrg.

    ReplyDelete
  2. Banyak gak lagu datuk ct yang tak pernah dengar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup , sebab beliau rain buat album , maka tak semua lagu sempat untuk dikomersilkan.

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.