Album Sahmura (2000)


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sahmura merupakan album studio keenam Siti Nurhaliza, dilancarkan tepat pada pukul 00:00, 1 Januari 2000. Pelancaran dibuat di KLCC ketika majlis menyambut alaf baru. Sahmura merupakan album tradisional bagi menyambung tradisi Malaysia, dan motto bagi album ini ialah, "Permulaan Bagi Seribu Tahun Lagi". Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.

Sahmura memuatkan beberapa sentuhan dari komposer terkenal, Pak Ngah, S. Atan, To'Ki dan Rosli Selasih. Antara single yang menyerlah ialah "Balqis" dan "Ya Maulai".

.............................................................................

Latar Belakang


Selepas kejayaan album tradisional pertamanya, Cindai dan album tradisional duet Seri Balas bersama Noraniza Idris, pada Mei 1999, Siti Nurhaliza mengumumkan bakal muncul dengan album tradisional keduanya yang dijadualkan akan menjengah pasaran pada hujung 1999 atau sekurang-kurangnya pada awal sambutan Alaf Baru 2000. Rakaman album Sahmura yang diterbitkan oleh To’Ki, Suhaimi “Pak Ngah” Zain (yang turut menjadi penerbit album Cindai) dan Rosli Selasih ini dijalankan pada Jun 1999 hingga Disember 1999.

Tenaga kerja lain yang turut terlibat dalam pembikinan album Sahmura ialah Khir Rahman, S. Atan, Siso Kopratasa, Hairul Anuar Harun, Nurul Asyiqin dan Arid. Biarpun terkenal dengan lagu-lagu pelbagai genre seperti pop, R&B dan balada. Siti tidak ketepikan muzik tradisional dan etnik kerana beliau sememangnya dibesarkan dalam keluarga penggemar muzik tradisional.

...................................................................................



Keluaran dan promosi

Untuk mempromosikan Sahmura, lagu "Balqis", "Ya Maulai" dan "Mahligai Permata" telah dikeluarkan sebagai single. Ketiga-tiga lagu ini juga dipersembahkan oleh Siti untuk persembahannya di Konsert Mega Siti Nurhaliza pada 30 Jun 2001. Pada Julai 2013, Siti menyanyikan "Balqis", "Ya Maulai" dan "Mahligai Permata" secara langsung yang diberikan gubahan baru oleh Yuzaifullah Mohd Yusof semasa persembahan beliau di konsert persembahan residensi beliau, Siti Nurhaliza in Symphony yang diadakan selama tiga hari di Dewan Filharmonik Petronas dan persembahannya menarik perhatian penonton yang hadir.

..................................................................................

Ulasan 

Sahmura menerima ulasan dari pengkritik muzik. Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail di dalam ulasan keseluruhan "Sahmura" mengulas "Seperti yang dijangkakan, Siti memberikan persembahan terbaiknya dalam album ini dan vokalnya semakin matang." Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan taraf empat daripada lima bintang untuk album Sahmura. Beliau berkata, "Sahmura adalah produk yang menggoda, hanya apa yang anda harapkan dari album pop yang baik, manis, hangat dan kaya." Saniboey dari Harian Metro juga memberikan taraf empat bintang untuk Sahmura.

Beliau berkata mengenai ulasannya, "Secara keseluruhannya, saya dapati album ini mencabar kerana stilistiknya. Bahasa Melayu yang digunakan bukan bahasa arkaik, namun ia jarang diguna dan itu adalah cabaran utama kepada pendengar album ini." Sahmura ialah satu lagi album yang berjaya secara komersial oleh Siti. Ia memuncak di puncak carta album tempatan RIM dan lebih daripada 100,000 unit telah dijual.

..........................................................................................

Senarai Runut :-

1. Balqis
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Pak Ngah Suhaimi

2. Joget Kasih Tak Sudah
Penulis : Nurul Asyiqin
Komposer : S. Atan

3. Ya Maulai
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Pak Ngah Suhaimi

4. Pawana Sampaikan Salam
Penulis : Lokgha
Komposer : Arid

5. Mahligai Permata
Penulis : Megamutiara
Komposer : Khir Rahman

6. Masri Manis
Penulis : Khir Rahman
Komposer : Khir Rahman

7. Berpantun Kasih
Penulis : Siso Kopratasa
Komposer : S. Atan

8. Zapin Cinta Asmara
Penulis : Rozek
Komposer : To'Ki

9. Canggai
Penulis : Tok Wan
Komposer : Rosli Selasih

10. Keroncong Si Endang Endong
Penulis : Raja Kobat
Komposer : Raja Kobat

..........................................................................



Anugerah

  • Anugerah Industri Muzik 2000

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album ( Wanita) - Menang
Album Pop Etnik Terbaik - Menang
Album Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Balqis
Gubahan Terbaik di dalam Lagu - Dicalonkan


  • Anugerah Juara Lagu 2000

Lagu Balqis

Kategori Irama Malaysia - Menang
Juara Keseluruhan - Menang

..............................................................................

Sekian

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post