Album Seri Balas (1999)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Seri Balas merupakan sebuah album duet oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. Album ini diterbitkan pada 11 Januari 1999. Noraniza dan Siti bekerjasama untuk menerbitkan album ini setelah mereka sama-sama bersaing di Anugerah Juara Lagu. Pak Ngah selaku penerbit album ini.

Latar Belakang

Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live lagu Dikir Puteri di Sukan Komanwel pada tahun 1998 bersama Siti Nurhaliza yang turut menyanyikan lagu popularnya, Cindai. Mereka berdua disatukan untuk bergandingan dalam album duet berkonsepkan tradisional yang berjudul Seri Balas. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Noraniza dan Siti telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional daripada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. 

Gabungan mereka berdua dianggap sebagai pasangan duet yang serasi. Tuah menyebelahi Noraniza dan Siti apabila album yang mendapat sentuhan Pak Ngah itu berjaya memenangi Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Single pertama daripada album ini, Hati Kama juga berjaya menembusi pencalonan untuk Lagu Terbaik tetapi gagal memenangi anugerah tersebut. Rezeki mereka terus melimpah ruah apabila mereka berjaya menggondol trofi Juara kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu 2000.

Gandingan mereka berdua banyak memuaskan hati mana-mana pihak. Mereka dianggap sebagai pasangan duet yang serasi bersama apabila berpadu vokal. Tuah menyebelahi mereka apabila mereka berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan memenangi Juara Kategori Etnik Kreatif. Album Seri Balas juga berjaya menggondol Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Noraniza dan Siti turut membuat persembahan pada malam tersebut dengan lagu Hati Kama.

...............................................................................



Senarai Runut :

1. Hati Kama
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Pak Ngah Suhaimi

2. Ya Allah Ya Saidi
Penulis : Megamutiara
Komposer : Fadzil Ahmad

3. Ketawa Lagi

4. Walinong Sari

5. Merak Disangkar

6. Musalmah manis

7. Pasir Salak
Penulis : Nur Adfal, J. Jamal
Komposer : Ku Zahir Ku Ahmad

8. Lenggak- Lenggok
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Fadzil Ahmad

9. Pulau Pisang

10. Dondang Dendang
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Pak Ngah Suhaimi

.................................................................................


Anugerah

  • Anugerah Juara Lagu 1999

Lagu : Hati Kama
Kategori Irama Malaysia - Menang


  • Anugerah Industri Muzik 2000

Album Pop Etnik Terbaik - Menang
Album Terbaik - Menang

Lagu : Hati Kama
Lagu Terbaik - Dicalonkan


.....................................................................................

Sekian

2 comments:

  1. Lagi2 Dalam album ni semua meletup. Mama on jadi suka lagu irama asli

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.