Huawei P20 RM2599 dan Huawei P20 Pro RM3299

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Huawei Malaysia pada 3 April yang lalu telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei P20 dan juga Huawei P20 Pro. Kedua-duanya boleh dibeli oleh para pengguna tempatan bermula daripada 6 April 2018 ini.


Sumber : Amanz
Spesifikasi

Huawei P20 dilihat sebagai telefon pintar dengan penawaran asas, sementara Huawei P20 membawakan sejumlah spesifikasi yang lebih tinggi termasuk sokongan rakaman gambar tambahan.

Huawei P20 hadir dengan skrin 5.8-inci, dilengkapi cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3400mAh, serta sokongan kalis air IP53. Huawei P20 Pro pula hadir dengan skrin 6.1-inci OLED, cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh, serta sokongan kalis air IP67. Tiada sokongan mikro-SD pada kedua-duanya.

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin bertakuk pada bahagian atas, lebih kurang seperti iPhone X – tetapi bersaiz sedikit kecil. Melalui bahagian takuk, Huawei menyertakan kamera hadapan, dan juga speaker padanya. Pengguna yang tidak mengemarkan skrin takuk ini turut boleh menyembunyikannya melalui tetapan perisian – namun, ia boleh dikatakan tampak sedikit jelas pada Huawei P20 kerana panel yang digunakan hanya LCD berbanding pada OLED yang lebih tersembunyi melalui penggunaan OLED.

Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan rekaan berasaskan kaca pada bahagian belakang, dan menggunakan bingkai aluminium pada bahagian tepi. Huawei P20 tampak sedikit ringan, berbanding Huawei P20 Pro yang tampak kukuh ketika dipegang pada tangan.



Penggunaan kaca pada bahagian belakang juga turut membawa kepada pemerangkapan kesan cap jari pada telefon pintar ini, tetapi boleh diatasi dengan menggunakan kerangka luar tambahan. Walaupun menggunakan kerangka belakang berasaskan kaca, namun, peranti ini masih tiada ciri pengecasan tanpa-wayar buat masa ini.

Selain saiz dan spesifikasi, satu lagi perbezaan ketara pada Huawei P20 dan Huawei P20 Pro adalah bahagian kameranya. Huawei P20 hadir dengan hanya dwi-kamera belakang, sementara Huawei P20 Pro hadir dengan sokongan tri-kamera belakang.

Dan akhir sekali, dari segi rekaan, kedua-dua telefon pintar ini tidak menyertakan bicu audio 3.5mm, sebaliknya memerlukan pengguna menikmati audio melalui USB-C. Ia turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas, serta ciri IR Blaster pada Huawei P20 Pro sahaja.

...............................................................

Kedua-dua variasi peranti yang ditawarkan untuk pasaran tempatan hadir dengan storan 128GB. Berbeza dengan telefon pintar Huawei sebelum ini, siri P20 tidak hadir dengan sokongan mikro-SD untuk penambahan saiz storan.


Di Malaysia, Huawei P20 akan ditawarkan pada harga RM2599, sementara Huawei P20 Pro pula ditawarkan pada harga RM3299.

.................................................................................

Apa pendapat anda dengan peranti terbaru daripada Huawei ini? Bagi aku sendiri , peranti ini kelihatan sangat menarik tetapi lihatlah pada harganya. Buat masa sekarang , aku masih lagi berpuas hati dengan peranti Huawei Nova Lite yang sedang aku gunakan. In shaa Allah , bila sudah rosak peranti yang sedang digunakan barulah aku fikir untuk menukar peranti yang baru.

Sekian

2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.