Review Blog : JMBelog

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini akan diteruskan lagi , mengenai review blog yang bertuah. Blog yang bertuah kali ini adalah JMBelog. Secara jujurnya ,aku nak bagitahu yang tak banyak dapat diperolehi mengenai tuan punya blog. Mungkin kerana tiada bahagian About Me di dalam blog tersebut , makanya aku tak dapat nak cerita tentang tuan punya blog.



Mengenai blog, blog ini sangat ringkas. Menggunakan tema warna merah , menjadikan blog ini nampak garang. Header blog yang sangat kreatif tetapi mungkin saiznya tidak sesuai dengan saiz blog itu. Kata-kata hikmah blog ini adalah "I am not blogger i just follower" memberikan maksud yang sangat mendalam. Apa maksudnya ya?

Widget yang ada di dalam blog ini sangat minimum. Mungkin boleh diubah pada senarai post di bahagian blog dengan memperlihatkan gambar juga. Mungkin lebih menarik bagi pendapat aku. Selain itu , tulisan di dalam ruangan post agak besar. Mungkin boleh dikecilkan. Apa apa pun boleh dikatakan tuan punya blog merupakan seorang blogger yang ramah kerana sering berkunjung ke blog rakan-rakan blogger yang lain.

Di blog ini ada banyak entri menarik. Salah satunya adalah entri Kuih Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja.  Satu lagi adalah agak sukar nak melihat entri-entri sebelum ini, kerana tiada widget blog archive. Mungkin tuan blog boleh mempertimbangkan penggunaan widget itu. 


Jom terjah blog ini!

.......................................................................................................

p/s : Minta kebenaran pada tuan blog untuk screenshot beberapa bahagian di dalam blog.

Komen  di atas hanyalah pendapat peribadi sahaja , mungkin tuan blog sudah berpuas hati dengan blog beliau.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post