Konsert Permata Seni 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entri kali ini aku nak cerita tentang apa yang aku buat ketika hujung bulan April yang lalu. Kalau anda perasan di penghujung bulan April, agak kurang entri yang dihasilkan, begitu juga dengan blogwalking, aku sangat-sangat kruang blogwalking di penghujung bulan April. Ianya adalah kerana aku mengikuti satu program di Kuala Lumpur.

......................................................................

Program yang aku sertai adalah program Konsert Permata Seni 2018. Macam mana aku boleh terlibat? Sebelum ini aku pernah berpraktikal di Istana Budaya, sejak dari itu aku sering membantu Permata Seni Muzik (PSM) dalam mana-mana bengkel, konsert ataupun persembahan. Untuk konsert  kali ini , persiapan dilakukan selama lebih 10 hari di Istana Budaya. Konsertnya adalah pada 28 dan 29 April 2018.

Aku bersama PSM

Apa yang aku bantu? Aku membantu mengurus susunan pentas, tentang alat muzik , susunan kerusi orkestra dan lain-lain. Untuk konsert kali ini PSM telah berganding bahu bersama NSO (National Symphony Orchestra).

Selain membantu mereka, aku juga dapat pengalaman menarik apabila dapat melihat bagaimana sesuatu konsert atau persembahan dijalankan di Istana Budaya. Memang menarik dan penat. Ada juga beberapa artis yang hadir membuat persembahan juga.

Jadi terjawab sudahlah mengapa aku agak sibuk di penghujung April 2018. In shaa Allah selepas ini akan aku kongsikan lagi beberapa perkara tentang PSM dan juga kerja-kerja lain yang menarik.

Dato Mustafa Fuzer sedang memberi kata2 semangat

Pas Masuk



Sekian.

1 comment:

  1. Menarik.. tambah2 lagi bila pernah praktikal di situ. Menambah lagi pengalaman yang ada.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.