Alcatroz AirMouse Wireless Optical Mouse (Black)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebelum ini , aku ada kongsi cerita tentang kisah aku mencari mouse atau tetikus yang baru. Anda boleh baca di SINI. Alhamdulillah , setelah beberapa hari memikirkan dan memilih beberapa jenis mouse di laman web Lazada, akhirnya aku memilih untuk membeli Alcatroz AirMouse Wireless Optical Mouse (Black).


Untuk pengetahun semua pembaca, ini merupakan kali pertama aku menggunakan wireless mouse. Sebelum ini , aku selalu menggunakan mouse biasa yang mempunyai wayar yang panjang. Kadang-kadang wayar itu berselirat dengan wayar speaker dan juga wayar laptop. Alhamdulillah kali ini wireless mouse ini sangat menyenangkan.


Alhamdulillah, aku telah membuat pesanan di Lazada pada 6 Jun 2018 dan dijangka sampai pada 13 Jun 2018. Pada mulanya , aku macam risau sebab nak dekat raya, kebarangkalian untuk barang itu sampai tepat pada waktunya sangatlah tipis. Tetapi, pada pagi 13 Jun itu , ketika aku sedang sibuk mengecat rumah sebagai persiapan untuk raya , datang abang poslaju. Alhamdulillah.


Barnag sampai dalam keadaan baik. Walaupun kotaknya agak kemek sini sana , tetapi bahagian dalam tidaklah kemek. Tetikus itu sampai dalam keadaan baik tanpa calar dan sebagainya. Yang lebih menarik , turut disediakan bateri sebiji. Alhamdulillah.


Dengan harga yang begitu murah , di mana lagi boleh dapat wireles mouse dengan bateri percuma? Alhamdulillah , nasib baik ada yang menjual mouse sebegitu rupa degan harga yang sangat murah di Lazada.


Untuk setakat ini , mouse ini dapat melaksanakan tugasnya dengan begitu baik. Connection antara mouse dan laptop begitu baik tanpa sebarang masalah. Cuma satu sahaja perkara yang belum aku dapat pastikan iaitu berapa lama bateri akan bertahan. 

In shaa Allah selepas ini makin mudah untuk aku membuat kerja dan menulis blog. Kepada anda yang bertanya tentang mouse pad itu, ianya tidak didatangkan dengan mouse ini ya! Mouse pad itu aku dapat sebagai hadiah percuma semasa aku membeli Fantech Hellscream GS201 | Mobile Gaming and Music Speakers .


LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/6sudmvb

Sekian.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah dah ada cik tikuihh baru in da house 😊
    Aku mmg lbh suka wireless mouse ni,senang guna

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post