Vivo X21 : Menarik atau tidak?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar pertama yang dicipta dengan teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin paparan iaitu Vivo X21. Dengan ciri ini, Vivo X21 dapat meminimumkan saiz peranti sekali gus memaksimumkan paparan skrin hadapan. Malah, Vivo X21 dilengkapi dengan paparan penuh skrin peranti hadapan, fotografi AI dan teknologi pengecaman wajah yang lebih efisyen.

Berikut adalah senarai ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar Vivo X21.

1) Teknologi keselamatan kekunci skrin berganda

Sebagai perintis teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin paparan, Vivo telah menyediakan sistem keselamatan yang menyakinkan kepada pengguna. Vivo X21 menggantikan sensor cap jari pada skrin hadapan dengan teknologi terkini pengimbas cap jari terbina (In-Display Fingerprint Scanning Technology).

Pengguna tidak perlu tercari-cari butang khas semata-mata untuk membuka kekunci paparan skrin lagi selepas ini.Selain itu, Vivo X21 meningkatkan teknologi pengecaman wajah (Face Access) untuk langkah keselamatan lebih optimum.



2) Kepuasan paparan skrin maksima

Vivo X21 hadir dengan paparan skrin penuh 6.28 inci 19:9 FHD+ dengan saiz sisi 1.66 mm untuk pengalaman menonton skrin lebih luas berbanding telefon pintar lain. Vivo juga telah menambah baik perisian dan mencipta bar notifikasi.

Malah, Vivo X21 menggunakan teknologi warna P3 dan menyokong warna paparan skrin yang lebih terang dan jelas. Rekaan X21 juga sangat ergonomik daripada setiap penjuru dan sudut untuk memberikan keselesaan pengguna memegang. Memang elegan!

3) Fotografi seperti profesional

X21 meneruskan tradisi fotografi berkualiti tinggi dengan dwi-kamera 12MP + 5MP dengan bukaan aperture f/1.8 pada kamera utama. Ia disokong oleh 1.28μm piksel yang boleh mempertingkatkan kejelasan gambar. Di samping itu, teknologi fokus yang cepat mampu menangkap setiap detik gambar dengan pantas.

Manakala bagi kamera swafotonya pula, vivo X21 menggunakan lensa 12MP f/2.0 dengan sokongan fungsi AI Beauty. Ia turut akan dikuasakan dengan bateri 3,200 mAh. Teknologi AI HDR pula turut disertakan dalam peranti ini, ia mampu mengesan intensiti cahaya di sekeliling anda untuk menghasilkan kualiti gambar yang bagus walaupun dalam keadaan gelap.

4) Keseronokan berhibur

Dari segi spesifikasi, Vivo X21 dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 12-megapixel dengan sokongan pemancar infra-merah.

Bagi gamer tegar, sistem X21 akan menyesuaikan keadaan CPU dengan kandungan aplikasi permainan. Selain dilengkapi dengan cipset AK4376A dan teknologi Deep Field, X21 memberikan kesan bunyi yang lebih jelas dan pelbagai.



Vivo X21 dijual dengan harga bermula RM2,299 dan boleh mula didapati di pengedar sah vivo di seluruh negara pada 9 Jun ini, eksklusif bersama Digi.

Dengan kolaborasi khas bersama Digi ini, pengguna yang membeli mana-mana produk telefon pintar Vivo akan menerima internet tambahan 5GB selama 12 bulan apabila mendaftar untuk plan Digi Postpaid.Pengguna boleh mula menebus tawaran istimewa ini bermula Julai. Tertakluk pada terma & syarat.



Sumber : AstroGempak

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post