Cerita Manggis, Rambutan, Semut dan Tebuan di Kampung



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini aku nak cerita tentang dusun di kampung aku. Sebenarnya bukanlah dusun, tetapi pokok-pokok yang berada di sekitar rumah tokwan aku. Hampir kesemua pokok yang berada di situ boleh dimakan buahnya. Oleh itu, di entri ini anda akan lihat hampir kesemua gambarnya mempunyai warna hijau kerana wana hijau adalah warna daun. *obviously


Ada 4 pokok manggis yang besar-besar belaka di sekitar rumah tokwan aku. Semuanya sangat besar dan salahs atunya telah dibuat sarang oleh tebuan. Di dalam gambar adalah dua pokok manggis yang besar dan ayah aku di sebelah tepi.


Cara mudah untuk dapatkan  buah manggis di atas adalah dengan memanjat dahan pokok dan menggoncang pokok itu sekuat-kuatnya agar buahnya jatuh berguguran ke muka bumi. Yang menaik adalah sebab dahan pokok manggis adalah seperti tangga. Sangat mudah untuk sesiapa memanjatnya.


Ini pula contoh buah manggis bagi sesiapa yang belum tahu dan dibelakangnya adalah pokok manngis yang sederhana tingginya dan mudah untuk kita petik sahaja dari pokok.


Di sebelah lain pula , ada pokok manggis dihujung pagar dan sering didatangi sekumpulan monyet untuk makan sambil bermesyuarat di situ. Alhamdulillah , ketika kami sampai , tiada seekor pun monyet yang ada. 


Hasil petikan sendiri buah manggis. Mungkin ada yang tertaya-tanya kenapa manggis ini mempunyai sayap, sebenarnya sayap itu adalah daun. [ Bagi mereka yang tidak tahu.]


Seterusnya adalah rambutan kuning yang akhirnya masak juga. Walaubagaimanapun pokok rambutan ini penuh dengan semut hitam yang gigitannya walaupun kecil tetapi mampu membuatkan anda menangis selama beberapa saat.


Selain menanam pokok rambutan , manggis dan sebagainya , tokwan aku juga sedang memelihara ratusan dan mungkin jutaan lagi semut hitam yang sangat degil. Sebenarnya ada lagi beberapa pokok yang tak sempat untuk aku ambil gambarnya, seperti pokok durian, pokok staq, pokok nenas, dan pokok buah-buahan tempatan yang lain.


Di bahagian hadapan rumah terdapat pokok rambutan merah. Kalau anda dapat lihat dalam gambar, pokok itu buahnya sanagt lebat dan tiada sesiapa yang berani untuk ambil. Sebab utamanya adalah ada sarang rumah tebuan sebesar kawah nasi kenduri yang betul-betul berada di tengah-tengah pokok itu. In shaa Allah dalam beberapa hari lagi sarang itu akan dibuang dengan bantuan Jabatan Bomba ataupun JPAM.


Ini pula pokok di sebelah tepi rumah. Ada beberapa dahan yang sudah dipotong untuk diambil buahnya sebelum ini.


Nampak tak di lantai itu? Itulah cara paling senang untuk ambil buah di bahagian atas pokok yang tidak terjangkau dengan galah yang panjang. Hanya perlu potong dahan sahaja. In shaa Allah nanti bahagian dahan yang dipotong itu akan muncul beberapa dahan baru dan akan membesar dengan pantas. In shaa Allah.


Gambar terakhir adalah gambar tandas lama yang masih boleh digunakan walaupun di dalam rumah sudah mempunyai dua tandas moden. Cuba anda bayangkan ketika aku kecil dahulu , untuk membuang air besar perlu keluar dari rumah dan pergi ke tandas yang terletak beberapa meter dari pintu masuk. Dahulu ada beberapa pokok besar di belakang tandas itu dan juga bahagian rumah ketika itu tidak sebesar sekarang.

Sekian

10 comments:

  1. best ada pokok sendiri. petik makan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. in shaa Alah akan tanam pokok2 lain pulak..

      Delete
  2. Yang kuning kalau tak silap rambutan gading.. Kt rumah mak Bro Ada manggis

    ReplyDelete
  3. Sama macam kat rumah mak saya, balik kampung makan je kerjanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kt kampung ada byk2 pokok buah.. so kerja makan je buah tu..

      Delete
  4. Bertuahnya ada pokok sendiri. Nak makan tak payah susah-susah nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. bila dtg musim okaylah.. kalau xde musim.. xde rezeki

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.