Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Lama betul tak bercerita tentang staycation kan? Oh lupa, apa khabar semua? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Walaupun sekarang lebih ramai yang suka review penginapan secara video dan sebagainya, tapi aku masih menyukai konsep bercerita melalui artikel. Jadi, kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku menginap di salah sebuah hotel yang terletak di Selayang, Selangor.

PENGALAMAN STAYCATION DI HOTEL MERCURE SELANGOR SELAYANG

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

TENTANG HOTEL: Hotel Mercure Selangor Selayang merupakan sebuah hotel 4-bintang moden yang menawarkan keselesaan kontemporari untuk pelancong perniagaan mahupun santai. Terletak berhampiran dengan Hospital Selayang, Batu Caves, dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terkenal, hotel ini juga menyediakan akses mudah ke tempat membeli-belah dan pilihan tempat makan di 168 Park Mall yang berdekatan.

Hotel ini mempunyai 120 bilik tamu yang bergaya, sebuah restoran dan bar, kolam renang dalam bangunan, pusat kecergasan, WiFi berkelajuan tinggi, tempat letak kenderaan, serta ruang mesyuarat fleksibel yang boleh menampung sehingga 600 tetamu.

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Baru-baru ini aku berkesempatan berehat sebentar bersama keluarga di hotel ini. Sebenarnya perancangan untuk menginap sini sudah lama, ayah dan mak aku sendiri yang suruh aku mencari hotel untuk mereka berehat, saja mencari angin di negeri lain. Untuk pengetahuan, ayah dan mak aku tinggal di Kedah, dan kali terakhir mereka ke Lembah Klang adalah pada tahun 2024. 

Aku ingatkan hanya mak dan ayah, rupa-rupanya dua orang lagi adik aku turut mengekori. Kakak aku pula tak dapat ikut, sebab dia kena jaga rumah di kampung, bersama anak-anak dan suaminya. Tapi tak apa sebab rumah di kampung tu macam-macam ada. 

Selesai membuat booking adalah lebih kurang dua minggu awal, jadi setibanya di hotel, kami terus check-in. Oh ya, untuk hotel ini check-in adalah pada jam 2 petang manakala check-out adalah pada jam 12 tengahhari. Rindu pulak beberapa tahun dulu yang mana waktu check-in adalah lebih awal. Tapi tak mengapa. 

RUANGAN BILIK

Bilik yang kami tinggal adalah di bilik jenis Superior Room with Double Bed. Sebenarnya aku nak upgrade kepada bilik lain yang lebih besar, tapi tak ada pulak, itulah tak check awal-awal. Tapi tak mengapa sebab semua masalah boleh diuruskan. 

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Bilik ini sebenarnya memang luas dan selesa. Aku suka dengan dekorasi dan susunan atur perabotnya, nampak kemas dan elegan. Tandas dan bilik mandi juga nampak selesa, cuma pintunya agak lutsinar, boleh nampak dalam. Bukannnya boleh nampak terus, tapi macam bayang-bayang tu. 

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Kemudahan yang tersedia pula memang cukup. Kemudahan seperti peti ais mini, cerek air, seterika dan sebagainya memang lengkap. Cuma telefon yang tersedia berfungsi, tapi tak dapat disambungkan. Jadi nak panggil untuk minta apa-apa, aku perlu turun ke kaunter reception. Tapi tak apa, tak menjadi masalah sangat. 

KOLAM RENANG & GYMNASIUM

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Hotel ini turut mempunyai kemudahan kolam renang dan gymnasium. Kolamnya bersaiz sederhana, sesuai untuk anda bermandi-manda, tetapi pendapat aku untuk budak-budak disarankan untuk tidak mandi di sini, atau sekiranya berkeras sangat nak mandi kolam sampai menangis-nangis menggangu ketenteraman awam, bolehlah mandi, tapi pastikan ada pengawasan orang dewasa yang bukannya 24jam tengok telefon pintar. Kolam ini dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 petang. 

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Gymnasiumnya pula memang luas dan lengkap. Memang best kalau anda seorang yang sering ke gym, tapi untuk aku, aku lebih suka berehat dan bermalas-malasan di atas katil. Haha, oh ya, di sebelah gym ada juga bilik untuk budak-budak bermain. Ada permainan dan sebagainya. 

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

SARAPAN DI RESTORAN MERAKI , HOTEL MERCURE SELANGOR SELAYANG

Pagi kami bersarapan di restoran Meraki yang terletak di hotel ini. Untuk yang belum tahu, sebelum ini aku pernah makan di sini, anda boleh baca di : Buffet Ramadan Mercure Selangor Selayang.  Sarapan di sini kalau hari isnin - jumaat bermula jam 6:30 pagi sehingga 10 pagi, manakala sabtu dan ahad bermula jam 7 pagi sehingga 11 pagi. 

Bangun pagi, bersiap sekejap, kami terus ke Restoran Meraki dan melihat apakah menu yang tersedia.

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Menu sarapan di sini bagi aku semuanya cukp menyelerakan. Ada banyak pilihan sarapan seperti nasi goreng, sosej, kentang dan sebagainya. Secara keseluruhannya aku boleh kata sarapan yang sedap & berbaloi.

Selesai bersarapan dan sebagainya, tepat jam 12 tengahhari kami pun check-out dan meneruskan perjalanan ke lokasi lain. Nak tahu lokasi mana? Nanti aku akan ceritakan.

KESELURUHANNYA 

Secara keseluruhannya, Hotel Mercure Selangor Selayang di merupakan sebuah hotel yang cukup menarik. Lokasinya berdekatan dengan Hospital Selayang, antara lokasi strategik untuk mereka yang mungkin mencari hotel yang bukan di pusat bandar Kuala Lumpur.  Kemudahan tersedia yang lengkap, juga berdekatan dengan lokasi-lokasi menarik sekitar Selayang.

Pengalaman Staycation di Hotel Mercure Selangor Selayang

Tempat meletak kenderaan yang luas juga salah satu faktor menarik di sini. Sebagai salah satu lokasi rehatkan diri dari kesibukan bandar, walaupun bandar di sebelah je, bagi aku hotel ini sudah memadai. 

HOTEL MERCURE SELANGOR SELAYANG


Alamat : No B G 12, Dataran Emerald, Jalan Ps 11, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Telefon : 03 - 61289999

SEKIAN 

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!