Perbandingan Umur Kucing dan Manusia



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selama ini aku tertanya-tanya sampai bilakah kucing aku akan hidup dan bilakah malaikat maut akan menjemputnya. Kebanyakan kucing aku sebelum ini telah mati akibat penyakit dan sekarang yang tinggal adalah Garfield dan Adik sahaja. Garfield tu rasanya lahir pada tahun 2013 manakala Adik pada tahun 2016.

Adik

Garfield


Perbezaan Kucing Indoor dan Kucing Outdoor



Kebanyakan kucing dapat mencapai umur sampai 11 hingga 12 tahun. Kucing yang dibela dalam rumah (Indoor) selalunya berpeluang hidup lebih lama berbanding kucing yang dibiarkan hidup luar rumah (Outdoor). Terbukti dalam rekod, kucing indoor dapat mencapai umur 16 hingga 20 tahun.

Kalau kucing outdoor pula secara purata sekitar 8 tahun.Dari segi pemakanan pula dan cara hidup, bagi kucing yang diberi makan di rumah dan dibiarkan hidup bebas diluar berpeluang hidup lebih lama berbanding kucing outdoor yang mencari makanan sendiri.

Perbandingan Umur Kucing dan Manusia


Mengikut perkiraan ini , Garfield yang kini sudah 6 tahun mengikut tahun sebenar sudah berusia 40 tahun manakala Adik yang berusia 3 tahun sebenarnya sudah berusia 28 tahun. Patutlah Garfield macam tak larat sangat nak merendek. Adik pula rajin berjalan-jalan jauh. 


KIRA UMUR KUCING ANDA


Bagaimana dengan kucing anda?



Untuk mengira dengan lebih pantas, ada laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Cuba lihat di http://www.age-converter.com/cat-age-calculator.html




Sekian


13 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kucing kak PC kat kampung umurnya 6 bulan...bermakna 10 tahun umur sebenarnya...fuhhh patutlah...jiwa kanak2...pecahkan pasu bunga mama kak PC je...ermmmmmm....bergurau macam tak de beza siang ke mlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nakalnya kucing tu.. tpi biasalah umur 10 tahun..

      Delete
  2. Ibu kucing pakcik mati masa umur dia 12 tahun.
    Maknanya perbandingan umur manusia 64 tahunlah

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni. Maksudnya umur saya sekarang untuk kucing baru 3 tahun..mudanya..

    ReplyDelete
  4. Dah tua rupanya kucing aku, patutla tak selincah dulu, masa dia kecik, suka dia gigit-gigit jari, panjat sana sini, minum susu.Rupa-rupanya dah 60thn!

    ReplyDelete
  5. Uiih cloudy aku sebaya adik, br abis remaja lah tu. Dh boleh timang menantu lah ni 😉😉

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post