Review Filem : Tangled (2010)



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sudah lama rasanya aku tidak membuat entri berkenaan review filem. Kali terakhir aku mereview filem adalah pada sebulan yang lalu. Alhamdulillah, kali ini aku akan mereview sebuah filem kartun. Kita kembali beberapa tahun ke belakang iaitu pada tahun 2010. Filem yang akan direview kali ini adalah filem yang bertajuk Tangled.

Sedikit pengenalan tentang filem ini, Tangled merupakan sebuah filem kartun muzikal 3D yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios pada tahun 2010. Kisah ini adalah berdasarkan kisah dongeng Jerman "Rapunzel" yang terkandung dalam koleksi kisah dongeng yang diterbitkan oleh Brothers Grimm. Filem ini juga merupakan filem ke 50 yang Disney hasilkan.


Mengenai plot pula, ianya mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang mempunyai rambut magik panjang tinggal di sebuah menara tinggi di dalam hutan. Puteri itu sangat inginkan untuk keluar melihat dunia dan meninggalkan menara itu. Puteri itu bersetuju dengan bantuan seorang jejaka untuk membawanya keluar melihat dunia luar tanpa kebenaran ibunya.



Filem ini sebenarnya telah ditukar tajuk daripada tajuk asal iaitu Rapunzel. Filem ini dihasilkan dalam jangka masa selama 6 tahun dengan bajet sebanyak USD$ 260 juta yang menjadikan filem ini sebuah filem animasi paling mahal yang pernah dihasilkan.

Salah satu adegan menarik.


Ulasan :-

Filem ini sangat lucu dan penuh dengan adegan romantik. Selain itu, ada juga adegan-adegan penuh pengembaraan. Watak-watak dalam filem ini sangat mempunyai kekuatan masing-masing. Dari segi grafik, sememangnya filemini terbaik berbanding animasi sebelum-sebelumnya. Ianya sanagt padan dan berbaloi dengan wang yang dikeluarkan oleh Disney untuk menghasilkannya. 

Adegan romantik


Bahagian paling menarik adalah sudah pasti  soundtracknya! Semua lagu di dalam filem ini sangat terbaik dari segi komposisinya. Tahniah kepada komposer iaitu Alan Menken dan Glenn Slater dalam menghasilkan lagu-lagu animasi yang sangat senang untuk diingati. Aku amsih ingat ada satu konsert dimana aku sertai sebagai salah seorang pemuzik, lagu-lagu filem ini dimainkan pada konsert itu.

Mother knows best!


Secara kesimpulannya, aku memberikan markah sebanyak 8.766 /10

Sekian

4 comments:

  1. bahaya cerita kartun skang ni. ada adegan romantik jugak..

    ReplyDelete
  2. Yang paling hairan bagi zumal yang tak belajar bab filem ni, kenapa filem animasi ni mahal yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kerja-kerja belakang tabir yg begitu susah dan memakan masa yang lama.

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.