Cara Mudah Semak Penyata KWSP Secara Online



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku telah ke pejabat KWSP cawangan Kulim. Kenapa aku ke situ? Sebenarnya aku perlukan penyata akaun KWSP untuk satu urusan penting. Walaupun sebenarnya boleh sahaja aku dapatkan melalui Online, malangnya aku tiada membuat pendaftaran online. Maka aku terpaksa menaiki kenderaan ke pejabat KWSP yang terletak beberapa ribu meter dari rumah aku.

Oleh itu, aku nak kongsikan kepada anda semua cara dapatkan penyata KWSP melalui Online dan juga di cawangan KWSP berdekatan anda.


=========================================

Cara Daftar i-Akaun di Pejabat KWSP

  •  Pergi ke mana-mana cawangan KWSP.

Macam aku, aku pergi ke cawangan Kulim yang terletak dekat Kulim Avenue berdekatan dengan Bank Islam Kulim

  • Pegawai KWSP disitu akan bantu anda di mesin KWSP

Masuk-masuk ja ke dalam pejabat KWSP itu, terus nampaka da pegawai KWSP yang berada di mesin tersebut. Ada beberapa orang yang sedang dibantu. Jadi , aku pun terus ke pegawai tersebut.

Contoh Mesin

Aku tak tahu nama mesin tu apa. Tapi nanti macam aku sebelum ini, pegawai itu akan tolong dengan minta kad pengenalan. Kemudian, kita perlu sentuh cap jari di mesin situ. Senang sahaja. Kemudian, akan keluar surat untuk permohonan.

Contoh Surat Cetakan

  • Pergi ke Pegawai satu lagi yang siap dengan komputer. 


Selepas itu, ada satu lagi bahagian berkomputer. Ada pegawai lain pula akan membantu untuk daftarkan i-akaun menggunakan komputer disitu termasuklah membantu mencetak penyata akaun KWSP.

  • Satu slip kecil akan diberikan yang bertulis ID Pengguna / Katalaluan sementara yang akan anda gunakan untuk login ke dalam KWSP online.


=========================

Cara Daftar i-akaun melalui Panggilan di rumah

  • Dapatkan ID dan Kata Laluan Sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000
  • Nombor Telefon : 03 -89226000
  • Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Cara ini paling mudah sebenarnya. Sebab hanya membuat panggilan pada KWSP sahaja kemudian terus dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara. Mudah dan cepat.

Macam aku pulak, sebab aku ada urusan lain di Kulim, alang-alang baik terus ke pejabat KWSP. Boleh tanya macam-macam soalan terus kepada pegawai.


===============================

Cara Dapatkan Penyata KWSP melalui Online


  • Pilih Bahagian Login Ahli



  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah diberikan sebelum ini.



  • Seterusnya, pilih bahagian Akaun Peribadi.


  • Anda boleh cari Penyata yang anda inginkan di bahagian ini.
  • Anda juga boleh kemaskini alamat, no telefon email dan sebagainya menggunakan KWSP Online ini.
==========================



Alhamdulillah, semoga semua cara-cara di atas anda dapat faham dengan mudah ya! Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya di bahagian komen. 

Sekian




6 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.