Beli Barangan Guna Baucer Lazada



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Alhamdulillah. Baiklah , baru-baru ini aku pernah cerita tentang kemenangan aku dalam satu pertandingan anjuran Lazada. Alhamdulillah. Kepada yang belum lagi membaca entri tersebut, boleh klik SINI.

Jadi, setelah mendapat hadiah kemenangan tersebut, tanpa melengahkan masa aku terus menggunakan baucer yang diberikan untuk semua ahli keluarga. Alhamdulillah. Aku rasa ianya lebih bermakna apabila kita berkongsi rezeki dengan orang yang kita sayang.

Antara barang yang aku order adalah seperti di dalam gambar di bawah.



Alhamdulillah. Setiap ahli keluarga mendapat barangan yang dibeli dari Lazada. Alhamdulillah. Syukur kerana rezeki ini dapat pada bulan Oktober iaitu di mana pelbagai perkara berlaku pada bulan ini. Antaranya adalah tarikh ulang tahun kelahiran adik dan mak aku iaitu masing-masing pada 16 dan 22 Oktober. Seterusnya pula adalah hari konvokesyen aku. Jadi, bolelah aku guna barangan ini untuk tujuan konvokesyen.


Apa yang pasti, ini merupakan salah satu cara untuk aku membalas budi dan segala jasa ahli keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan sehingga aku ke tahap ini. Alhamdulillah. Semoga di masa akan datang rezeki yang lebih melimpah ruah akan berjaya aku dapat dan kongsi dengan semua orang. In shaa Allah.

Sekian


3 comments:

  1. Tahniah sbb menang besar utk contest haritu. Saya punya baucar habis dah. Haha.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/book-review-pelukis-jalanan.html?m=1

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.