Pengecualian Bayaran Balik PTPTN DILULUSKAN!



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya impian aku tercapai!! Aku telah diberi BIASISWA PTPTN! Ataupun dengan kata lain aku tidak perlu membayar pinjaman PTPTN yang beribu-ribu lemon itu. Alhamdulillah. 

Pinjaman PTPTN merupakan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah kewangan dalam institusi Pendidikan tinggi supaya mengurangkan beban ibu bapa.

Ini sebenarnya adalah salah satu impian aku iaitu untuk menyelesaikan pinjaman PTPTN secepat mungkin dan alhamdulillah, ianya diselesaikan dalam masa yang sangat cepat. Walaubagaimanapun masih berbaki separuh lagi PTPTN kerana pinjaman ketika DIPLOMA masih ada.


Untuk pengetahun semua, Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN hanya terpakai pada Ijazah sahaja, manakala untuk pengajian Diploma, Master dan lain-lain semuanya tiada Pengecualian Bayaran Balik.



via GIPHY

Baca Juga : [ PTPTN - FAQ Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman ]


Alhamdulillah. Kepada yang ingin mengetahu lebih lanjut bagaimana untuk memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN bolehlah lihat pada link yang telah diberikan.



Sekian Terima Kasih

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post