5 Minuman Yang Baik Untuk Diet



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kebanyakan orang hanya menjaga pemakanan dan bukannya minum ketika sedang berdiet. Sebenarnya, pemilihan minuman yang betul dapat melaraskan metabolisme, mengawal selera makan, dan menurunkan pengambilan kalori. Jadi, jangan lupa masukkan 5 jenis minuman "baik" berikut ke dalam diet anda!

1. Air Kosong

Raja segala minuman. Tahukah anda, menggantikan minuman ringan berkarbonat kepada meminum air kosong dapat 'memotong' ratusan kalori sehari? Di samping itu, meminum dua gelas air sebelum makan juga menjadikan anda lebih cepat kenyang dan tidak makan berlebihan. Pengambilan air kosong yang cukup juga mempunyai kesan yang positif terhadap metabolisme anda.

2. Jus Sayur-Sayuran

Jus sayur-sayuran mempunyai khasiat yag sama seperti jus buah-buahan, mengandungi separuh jumlah kalori tetapi lebih banyak kandungan garam. Berbanding jus oren yang mempunyai 122 kalori, jumlah kalori daripada jus tomato hanyalah 41. Selain itu, mengambil jus sayuran yang mengandungi pulpa dapat membekalkan serat yang mampu membantu anda menahan lapar.

3. Susu rendah lemak

Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium bukan sahaja baik untuk tubuh, ia juga boleh membantu proses diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum lebih banyak susu atau mengambil produk tenusu lain boleh membantu proses diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum lebih banyak susu atau mengambil produk tenusu lain yang boleh membantu menurunkan berat badan. pilih susu skim atau rendah lemak untuk manfaat yang lebih menyeluruh.

4. Kopi Hitam

Apabila anda memerlukan sedikit dos kafein, kopi ialah pilihan yang lebih baik berbanding soda atau minuman tenaga. Kopi tanpa gula bersifat bebas kalori dan kaya dengan anti-oksidan. Kajian juga mendapati bahawa meminum kopi dalam jumlah yang sederhana ( antara 3 - 4 cawan sehari ) boleh meningkatkan mood dan tumpuan, selain merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan beberapa jenis kanser.


5. Teh Hijau

Teh hijau ialah pilihan yang baik apabila anda memerlukan sedikit dorongan. Ia bukan sahaja bebeas kalori, beberapa kajian  turut menyarankan bahawa teh hijau boleh merancang penurunan berat badan. Kandungan kafein dan mikronutrein catechins dalam teh hijau dikatakan membantu proses tersebut. Manfaat ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja, maka anda disarankan meminum teh hijau sekuran-kurangnya dua kali sehari. 


Sumber : Info Kesihatan

Sekian

3 comments:

  1. Saya selalu amalkan minum air putih dan teh hijau tanpa gula :)

    selamat pagi http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/3-kelebihan-membaca-untuk-penulis_19.html

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.