Vivo V15 Pro Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1799



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber : Amanz.my

Vivo Nex adalah peranti mercu Vivo pertama dengan cip Snapdragon 845, penggunaan kamera periskop untuk rekaan skrin yang menyuluruh dan juga bahan binaan premium. Untuk memberi peluang kepada pengguna merasai ciri dan fungsi premium Vivo Nex pada harga rendah, Vivo telah memperkenalkan Vivo V15 Pro.

Minggu lepas, Vivo V15 Pro telah pun dilancarkan secara rasmi di India. Hari ini, Vivo secara rasminya melancarkan peranti ini untuk pasaran Malaysia. Vivo V15 Pro dijana dengan cip pemprosessan Snapdragon 675, skrin 6.4-inci Super AMOLED ‘Full View’ bebas takuk dan juga rekaan bingkai skrin yang lebih nipis. Dengan trend butang fizikal Google Assistant, Vivo turut sertakan butang ini pada V15 Pro.

Fokus lain kepada peranti ini adalah kameranya, ia menawarkan kamera periskop seakan Vivo Nex. Sensor kamera periskop ini adalah 32 Megapixel dan ia adalah untuk mengambil gambar swafoto yang berkualiti. Kamera Utama terdapat tiga lensa, di mana lensa Utama adalah sensor 48 Megapixel + 8 Megapixel sensor ultra-lebar dan sensor 5 Megapixel untuk butiran bokeh yang lebih kemas. Memori yang digunakan adalah 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.



Ciri menarik lain pada peranti ini adalah pengimbas cap jari bawah skrin generasi yang kelima, bateri 3700mAh dengan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging. Sayang sekali, Vivo masih mengekalkan port pengecasan mikro-USB dan bukannya USB-C. Bahan binaan adalah plastic dengan kemasan Spectrum Ripple yang kelihatan seakan kaca. Sistem operasi yang dijalankan pada peranti ini adalah Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Vivo V15 Pro sudah boleh dipra-tempah secara rasmi pada harga RM1799 bermula hari ini sehingga 1 Mac 2019. Ia hadir dengan pilihan warna Topaz Blue dan Coral Red. Kepada pengguna terawal yang membuat pra-tempah akan menerima kotak hadiah. Untuk tawaran lebih hebat, Vivo akan adakan jualan Superday pada 2 Mac 2019 yang memberi DJI Spark percuma kepada pembeli terawal.



..................................................................

Macam mana anda semua? Berminat untuk menukar telefon pintar sedia ada ke Vivo V15 Pro? Apa pendapat anda tentang telefon pintar ini?

Sekian.

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.