Salam Ramadhan 2019 1440 Hijrah



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam Ramadhan 2019 diucapkan kepada semua pembaca dan juga rakan-rakan blogger. Bagaimana dengan hari pertama Ramadhan? Alhamdulillah, jika anda dapat tempuhinya dengan baik. Masih jauh lagi perjalanan di dalam Ramadhan ini. Apakah target atau perkara yang anda idamkan ketika Ramadhan kali ini? Mungkin, tarawih setiap malam? Atau berpuasa daripada tutur kata kesat?

Untuk aku sendiri, tiada sebarang target sebenarnya. Hanya lebih kepada satu bentuk kepuasan diri bila mana dapat melakukan ibadat puasa. Juga berharap agar ianya lebih baik berbanding Ramadhan sebelum ini.

Alhamdulillah, masih bertemu juga dengan Ramadhan. Ramadhan kali ini aku dapat rasakan agak mencabar kerana aku ada pelbagai komitmen yang perlu diberikan. Tidur tak cukup, kewangan agak bermasalah, pembahagian masa bersepah. Sememangnya sekarang ini aku perlukan pembantu atau PA. Haha.

In shaa Allah aku akan hadapi juga semua yang aku anggap agak susah untuk hadapi. Cabaran di bulan Ramadhan. Untuk blog pula, aku berharap agar ada entri setiap minggu, sekiranya entri setiap hari agak kurang. Akan aku usahakan dibahagian kuantiti dan kualiti entri. In shaa Allah.

Mungkin selepas raya aku akan membuat satu pengumuman  "penghargaan" buat semua pembaca dan rakan-rakan. In shaa Allah, dalam perancangan. Apa-apapun selamat beramal dan berpuasa.

Sekian.



7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post