DASHING Deo + Perfume Body Spray ; Wangian Maskulin Sejati



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pernah tak anda menaiki bas, kemudian terbau suatu bauan yang menusuk ke hidung dan membuatkan anda rasa loya? Pernah tak anda berhimpit-himpit di konsert KPOP selama 2 jam sehingga berpeluh dan mengeluarkan bauan yang menyebabkan orang disebelah anda pengsan? Pernah tak pergi ke rumah terbuka dan berhimpit-himpit dengan tetamu lain dan sedar akan suatu bau yang tidak menyenangkan datangnya dari anda?

via GIPHY

Jangan risau, kini ada satu produk terkini dikeluarkan daripada Dashing iaitu Dashing Deo + Perfume Body Spray berfungsi sebagai salah satu pewangi diri anda.

Aku sendiri merupakan pengguna tegar untuk produk Dashing. Kerana apa? Pertamanya kerana aku suka dengan bau yang dihasilkan, sangat tahan lama dan membuatkan kita selesa. Lelaki semestinya sangat aktif dan mengeluarkan pelbagai jenis bau, ada yang menyenangkan dan ada juga sebaliknya. Jadi produk yang sesuai adalah suatu keperluan.


Ini adalah antara produk Dashing yang aku telah dan sedang gunakan.


Jom kita baca serba sedikit mengenai apa itu Deo + Perfume Body Spray ini.


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!


Didatangkan dengan empat jenis variasi.


Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai:

HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


via GIPHY

.....................................................


Perfume DASHING Hitman dan DASHING Hitman Deo +Perfume Spray



DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING, sila layari laman :-

Facebook DASHING di https://www.facebook.com/Dashing.MY/ 
Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.



Sekian

Sumber : Giphy.com

15 comments:

  1. Sesuai untuk saya, nanti saya suruh mama beli..

    ReplyDelete
  2. Elok sangat pakai dashing man ni. Ketiak jadi wangi. Takde la bau kepam kan. Dan sangat bagus bila dapat keuntungan 2 in 1. Dah jadi macam minyak wangi pulak tu. Waktu travel boleh jimat space beg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kadang2 ada yg jenis pakai sekejap je dah hilang bau.

      Delete
  3. last week dah try bau dashing baru ni, yang warna hijau tu sesuai dengan taste BBL. ingat nak beli satu tapi dah sold out mungkin ramai lelaki yang ada taste bau sama dengan saya. harap nanti dorang restock balik.. teringin nak beli satu

    ReplyDelete
  4. Banyak dah produk penjagaan lelaki ni. Lelaki kena memastikan memakai produk penjagaan juga sebab takut tidak ada yang berani dekat sebab bau badan sebab lelaki kan aktif.

    ReplyDelete
  5. Mean 2-in-1 boleh sembur kat ketiak and seluruh badan? Ke asing2 parfum dan doedorant? konpius kita kejap. Ni bau Dashing ni memang klasik. kalau pakai dah tau dah bau dia cm ne. Hehehe. Bolehlah bagi bf pakai. Hiks

    ReplyDelete
  6. Senang kan bila dah ada 2 in 1 Deo + Perfume ni. Nak bawak travel pun senang. Bawak 1 je untuk 2 fungsi. Bau nya pula wangi wangi. Rasanya belum nampak lagi kat pasaran ni. Memang latest punya produk Dashing ni.

    ReplyDelete
  7. Dashing ni produk yang dipercayai sejak dulu lagi kan.baunya pun wangi je. Dulu kalau pergi mana mana mesti bau dashing ni ada je sana sini sebab memang jadi pilihan utama kaum adam kan

    ReplyDelete
  8. Boleh jugak cuba belikan ini untuk suami bagi dia cuba. Deodorant yang suami pakai sekarang susah sangat nak jumpa dekat kedai. Jadi rasa stress nak mencari je.

    ReplyDelete
  9. Dashing bau dia memang wangi wangi tapi wangi dia jenis wangi bau lelaki. Ha, faham tak hahahha. Dulu ada kawan perempuan pakai dashing. Bau die sedap

    ReplyDelete
  10. suami ciktom asal pakai deodorant lain..tp ciktom dah try bg dashing deodorant plus perfume kat dia minggu lepas..tengok dia dah tersuka dashing pulak..hihi

    ReplyDelete
  11. Terbaikk lah pakaging dashing skrg.. Dulu zaman belajar memang suka pakai dashing sebab bau dia pun boleh tahan.. Yang latest punya dashing ni tak pernah lagi p try bau dia macam mana.. Kalau wangi nak juga p try.

    ReplyDelete
  12. Suka dengan design botol dia cantik. Kalau kumpul ni memang cantik susun dekat meja kan. Airah ada beli stu untuk husband ritu nak kumpul semua bau

    ReplyDelete
  13. Wah Dashing banyak betul keluarkan produk untuk lelaki ya. Memang sesuai untuk gaya hidup yang aktif. Harga pun berpatutan dan senang nak bawa ke sana sini.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.