Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat dalam Bahasa Melayu



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat dalam Bahasa Melayu


Baru-baru ini hangat di segala pelusuk media sosial tentang satu isu iaitu berkaitan tulisah khat di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jadi, aku rasa sebelum kita keluarkan pendapat mengenai sesuatu perkara adalah lebih baik untuk kita fahamkan dulu apakah isunya terlebih dahulu. 

Di bawah ini aku kumpulkan beberapa kenyataan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan isu ini juga kronologi tentang Pengenalan Tulisan Khat ini dan di bahagian akhir adalah soalan lazim yang sering ditanya tentang isu ini.


Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat dalam Bahasa Melayu
PENGENALAN TULISAN KHAT BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK) TAHUN 4 TELAH MULA DILAKSANAKAN SEJAK 2014


Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat dalam Bahasa Melayu

KRONOLOGI PENGENALAN TULISAN KHAT

Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat dalam Bahasa Melayu


SOALAN-SOALAN LAZIM SENI TULISAN KHAT DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL

Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat dalam Bahasa Melayu


1. APAKAH YANG BERLAKU?
> KSSR (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 telah memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa.

2. APAKAH TUJUAN PENGENALAN KHAT INI DILAKUKAN?
> Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahada Melayu.

3. BAGAIMANA PENGISIAN INI DILAKUKAN?
> Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat 6 muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat.

4. ADAKAH MURID AKAN MENGUASAI JAWI MELALUI 6 MUKA SURAT INI?
Seperti dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi.

5. MENGAPA TULISAN KHAT DAN TIDAK MEMBERI FOKUR KEPADA "CODING" DAN CABANG ILMU LAIN?
> Tulisan khat merupakan pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. KPM memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017. Di sekolah rendah ia melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5, dan 6). Manakala untuk sekolah menengah melibatkan Tingkatan 1 hingga 3. Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.

6. BILAKAH KEPUTUSAN INI DIBUAT?
> Perancangan pengenalan tulisan khat ini telah dilaksanakan melalui semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2014.

7. ADAKAH UNTUK TAHUN 4 SAHAJA?
> Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021. Murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.

8. ADAKAH TULISAN KHAT INI AKAN DIUJI DALAM UJIAN DAN PEPERIKSAAN?
> Tidak. Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.

9. KENAPA MEMAKSA MURID BUKAN MELAYU MEMPELAJARI TULISAN KHAT?
> Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Tambahan pula, pengetahuan tentang seni tulisan pelbagai kaum menerusi tema Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika juga telah diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi. Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5 cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).

10. ADAKAH INI BERLAKU DI SJK SAHAJA?
> Tidak. Pengenalan ini melibatkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). 


JADI APA PENDAPAT ANDA?

Untuk pihak aku sendiri, aku rasa tiada sebarang isu. Ianya adalah suatu ilmu baru yang aku rasa perlu dipraktikkan. Satu lagi tulisan Khat ini merupakan salah satu warisan orang melayu dan juga bahasa melayu itu sendiri. Jadi, aku rasa ianya wajar dimasukkan ke dalam mata pelajaran itu.

Bagaimana dengan anda?

Sekian

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia | Google Image

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.