Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

Teringin nak makan makanan dan rasa Thailand tanpa perlu melancong ke sana? Jangan risau, kini anda boleh nikmatinya di CHAPAYOM di Central i-City Mall, Shah Alam. Pelbagai rasa dan keenakan makanan Thailand dapat dinikmati hanya di Malaysia sahaja!

Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

Baru-baru ini aku ke kompleks beli belah terbaru di Shah Alam iaitu Central i-City Mall, Shah Alam yang baru di buka pada tahun ini. Untuk pengetahuan anda, pusat beli belah ini adalah sangat besar dan luas ya. Okay, sebenarnya bukan nak cerita tentang pusat beli belah ini, tetapi nak cerita tentang makanan dan minuman di CHAPAYOM, Thai Premium Tea and Bites!

CHAPAYOM PREMIUM THAI TEA 
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

Aku sememangnya seorang yang sukakan rasa Thailand. Kalau di kampung di Kedah, pastinya setiap minggu akan makan di restoran milik orang Thailand berdekatan dengan rumah. Begitu juga sekiranya aku ke restoran KFC, pastinya aku akan ambil sos Thai sahaja. 

Tapi setakat ini aku belum pernah ke Thailand walaupun kampung sebelah ayah aku terletak di sempadan Thailand sahaja. In shaa Allah suatu hari nanti, tetapi buat apa nak tunggu bila mana ada Thai caffe sendiri sudah membuka cawangannya di sini. Tak perlu susah-susah nak ke sana.

Untuk hari tersebut, ada beberapa menu aku yang telah aku cuba bersama rakan baik aku, Adlina Tasya atau nama pentasnya , Alin. Jom baca ulasan aku tentang makanan yang dicuba.

GREEN TEA WITH PEARLS | RED TEA WITH PEARLS 
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HARGA : RM 8.90

Green Tea with Pearls, rasanya sedap dan tidak begitu manis sangat. Aku sememangnya merupakan seorang pencinta green tea atau teh hijau, tak kisah sama ada yang manis, atau pun tanpa sebarang gula. Untuk green tea Chapayom ini rasanya sedap dan mempunyai rasa unik dan berbeza daripada tempat lain.

Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HARGA : RM 8.90

Red Tea with Pearls, ianya penuh dengan rasa susu dan rasa manis. Mungkin kurang sesuai untuk diminum di setiap pagi atau setiap hari kerana tahap manisnya boleh membunuh diri anda dalam masa beberapa bulan. *tak pasti Keadaannya sama seperti pakcik-pakcik atau atuk-atuk yang selalu minum teh tarik di mamak pada setiap pagi, penyakit kencing manis dan sebagainya pasti akan datang mengunjungi anda. Untuk diminum sekali sekala adalah sangat dialu-alukan. Kombinasi red tea ini bersama pearls membuatkan rasanya lebih sedap dan kenyal.

MANGO SOMTUM
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HARGA : RM7.90

Sudah lama sebenarnya aku tak makan somtum atau kerabu mangga ini. Alhamdulillah, diberi peluang untuk merasai Mango Somtum dengan rasa Thailand yang sebenar. Pendapat aku, semuanya cukup rasa dan sesuai. Segala jenis bahan di dalam ini sangatlah berfungsi dengan baik dalam memberikan rasa kesedapan yang tertinggi. Antara bahan yang aku suka di dalam Mango Somtum ini adalah seperti udang kering, kacang, tomato dan sebagainya.

Ada satu bahan yang aku tak berapa nak suka, sejak kecil lagi, mungkin aku alahan atau sengaja nak buat alahan *mengada-ngada pada bahan ini iaitu KACANG PANJANG. Walaupun begitu rasanya masih sedap bagi aku apabila ditolak tepi kacang panjan itu dan yang pasti, licin aku makan Mango Somtum ini ya!

THAILAND IMPORTED NOODLE
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HARGA : RM 7.90

Menu seterusnya rasanya tidak asing lagi dengan orang Malaysia iaitu Thailand Imported Noodle. Kenapa aku kata tidak asing? Kerana untuk pengetahuan anda semua, noodle ini adalah sama sahaja dengan mee segera yang ada dalam pasaran. Yang membezakannya adalah rasa kuah dan juga bahan-bahan yang diletakkan bersama di dalam bekas ini. 

Pertama, aku suka dengan tahap kepedasan Thailand Imported Noodle ini, ianya ditahap yang aku suka dan masih boleh dibawa berbincang. Jadi tak perlulah anda nak meminum air yang banyak ya. Kedua, gabungan bersama isi ketam dan bebola ikan sangatlah sesuai dan sepadan bagaikan suami dan isteri. In shaa Allah , kalau aku datang lagi ke Chapayom ni, rasanya menu ini memang wajib untuk aku pesan.
MANGO STICKY RICE 
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HARGA : RM 11.90

Mango Sticky Rice, kebiasaannya aku akan makan pulut hanya pada musim perayaan seperti hari raya. Tetapi kali ini menunya adalah pulut bersama dengan mangga. Pertama kali aku makan pulut mangga ini. Disediakan bersama dengan kuah santan masin. Jadi, kombinasi di sini adalah sangat hebat, rasa manis daripada buah mangga, rasa kenyal dan berlemak daripada pulut dan juga rasa masin daripada kuah. Rasanya bertambah lagi menu yang aku suka!

NANGKA STICKY RICE 
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HARGA : RM 8.90

Nangka Sticky Rice, keluarga aku sememangnya pencinta buah ini, aku pun sama beberapa tahun dahulu, tetapi ada satu kejadian yang berlaku di mana aku makan buah ini, kemudian aku mempunyai masalah angin dan juga sesak nafas, sejak itu aku kurang sedikit makan buah nangka. Untuk seulas ke tiga ulas sahaja yang dibolehkan. Trauma untuk kejadian dulu berulang.

Untuk menu ini, ini pertama kali ya aku nampak dan lihat menu sebegini. Satu lagi, persembahan yang sangat bijak dengan meletakkan pulut di dalam nangka, menjadikan mudah untuk kita makan dengan mengambil satu gumpalan dan terus dimasukkan ke dalam mulut.

Rasa dan tekstur ini agak berlainan dengan Manggo Sticky Rice sebab tekstur nangka lebih mendominasi. Satu pinggan ini pun bagi aku dah boleh membuatkan anda kenyang untuk satu hari tersebut. Begitulah tahap kesedapan dan kekenyangan yang dapat dirasai oleh menu ini.

RED TEA ICE CREAM WITH PEARLS | GREEN TEA ICE CREAM WITH RED BEAN
Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HARGA : RM5.90

Red Tea Ice Cream with Pearls, sangat sedap ya rakan-rakan! Sebab ianya aiskrim bersama dengan pearls. Ditambah dengan coklat stick, sememangnya rasanya sedap dan rasa susunya masih kuat.

Green Tea Ice Cream with Red Beans, rasa yang berbeza apabila kombinasi red beans bersama green tea yang mempunyai rasa manis. Sememangnya sesuai untuk diambil selepas makan makanan berat.
TENTANG CHAPAYOM

Pemilik CHAPAYOM ada berkongsi dengan kami tentang asal-usul serta bagaimana CHAPAYOM berkembang. CHAPAYOM merupakan restoran dari Thailand. Ianya bermula dari gerai kecil di tepi jalan , kemudian berkembanga menjadi restoran besar di dalam pusat beli belah. Sheingga sekarang, CHAPAYOM mempunyai 1500 cawangan!

CHAPAYOM juga bermula pada 7 tahun yang lalu. Kemudian melebarkan sayapnya ke Indonesia dengan 60 cawangan, seterusnya ke negara Australia, Laos, Myanmar, kini di Malaysia. Negara seterusnya yang akan mempunyai cawangan CHAPAYOM adalah Singapura dan juga Brunei.

MAKSUD CHAPAYOM

 Cha bermaksud Tea, Payom bermaksud fortune tree / lucky tree. 

Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!


Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites!

HUBUNGI
Instagram : @chapayomcic

Facebook : Chapayom Central i-City

Telefon : 017-372 0298

Alamat : LG K01, Central i-City Mall, Shah Alam , Malaysia. 




Sekian

26 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Replies
    1. Nanti kalau ada urusan nak ke Shah Alam bolehlah singgah. Lagi satu mana tahu kalau cawangan baru di buka dekat dengan tempat tinggal?

      Delete
  2. Ohh baru tau about tmpt mkn nii. Nampak mcm menarik & mcm sedap je jugak tgk mknn & minuman kat sana tu, nnt if ada pergi mall tu bolehla try

    ReplyDelete
  3. Mango Sticky Rice tu macam sedap je.. heee.. teringin la pulak .. nak cari lah tempat ni nanti.. kot la kena dengan tekak leh datang selalu

    ReplyDelete
  4. Alamak.. kat Thailand kaaa.. jauh nauu nak pi.. haha.. ingatkan kat Malaysia.. almaklumlah.. kat Malaysia ni dah banyak cawangan2 yang buka outlet untuk makanan thai ..baru ingat nak pi try tengok..

    ReplyDelete
  5. Uuuuuu~~ I lalu je tp tak pernah nak try sbb tempat tu dia macam gelap. I don't know depa jual thai teaaaa and matchaaaa! My favs sweet drinks. And omgggg the somtam is for RM 7.90? Price mall mana murah gini dahhhh! Since I nak go I central nak singgah situ hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah ke sini nanti. dah meriah dah tempat ni. ya , murah sgt! :)

      Delete
  6. Kenapa harga dia sangat berbaloi ?? Seriously makanan pun nampak sedap .. aissshhh takleh jadi ni, weekend yg mendatangk berlari ke sana .. rugi lak rasa kalau tak try !

    ReplyDelete
  7. Sedapnya😍 kena cuba ni. Mmg suka Makanan Thai. Ni nampak sedap sgt😋😋

    ReplyDelete
  8. aduuh lapar tengok entry ni. another port boleh ajak kawan makan makan ni. thankyou ye for the suggestion.

    ReplyDelete
  9. Wahhh best nie !! Restoran berkonsepkan makanan thailand. Mknn2 thailand nie dh lah my feveret. Ouh ya, dorang punya teh mmg best !! Sedap sangat. Pernah dtg singgah sini masa pergi central i city tu. not bad lah. Harga pon okay

    ReplyDelete
  10. terliur nya tengok noodle tu, dah lah belum lunch lagi ni, rasa macam nak pergi je Chapayom balik kerja nanti. heheh

    ReplyDelete
  11. Wah!! Thai Food la.. AM mmg suka.. Terutamanya Thai tea dan noodle sup.. Nnti AM nak ajak adik terjah tmpt yg aeril sarankan nie la..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post